Sebuah pulau yang mempunyai air jernih, pantai yang luar biasa cantiknya dan keindahan semulajadi telah dinamakan sebagai pulau yang terbaik dan tercantik di dunia oleh para pembaca majalah pelancongan terkemuka.
Pulau Palawan di Filipina merangkul tempat teratas berdasarkan lebih 76,000 undi di dalam Anugerah Pilihan Pembaca Conde Nast Traveler bagi 2014. Selain itu juga, sungai bawah tanah Puerto Princesa telah diwartakan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia Unesco dan telah dinamakan sebagai salah satu keajaiban alam semula jadi yang terbaik di dunia.
Dengan kepanjangan hampir 5 batu, Puerto Princesa adalah sungai bawah tanah terpanjang di Asia dan yang kedua paling panjang di dunia. Pelawat akan menaiki bot yang dipandu melalui sistem gua bawah tanah yang berstalaktit dan stalagmit. Terdapat lokasi yang luar biasa untuk snorkeling dan menyelam, iaitu di Tapak Warisan Dunia UNESCO kedua iaitu tempat yang popular untuk pengembara laut -Taman Laut Negara Tubbataha Reef.
Anda hanya perlu menaiki penerbangan 75minit dari bandar Manila ataupun menaiki bot feri yang mengambil masa lebih panjang iaitu sektiar 24 jam. Pulau ini dikenal sebagai ‘sempadan laluan di Filipina kerana ia adalah sebahagian daripada wilayah Palawan barat berhampiran hujung selatan di utara Malaysia.
Senarai 10 Pulau Eksotik Terbaik Dunia :
- Palawan Island, Philippines
- Kiawah Island, South Carolina
- Maui, Hawaii
- Kauai, Hawaii
- Bazaruto Archipelago, Mozambique
- Great Barrier Reef and Whitsunday Islands, Australia
- Santorini and Cyclades, Greece
- St. John, US Virgin Islands
- Kangaroo Island, Australia
- Big Island, Hawaii
Ini pula senarai pulau tercantik pilihan pembaca Trip Advisor
- Ambergris Caye
- Providenciales, Turks and Caicos
- Bora Bora, Society Islands
- Marco Island, Florida
- Lewis and Harris, Outer Hebrides
- Naxos, Cyclades
- Aitutaki, Southern Cook Islands
- Nosy Be, Antsiranana Province
- Easter Island, Chile
- Ko Tao, Surat Thani Province