Acara, Hiburan, Muzik, Pilihan, Review - Muzik

Pelancaran Album Solo “Angin Kencang” Noh Salleh

Avatar
/
Mulan x Nocturnal
Pelancaran Album Solo “Angin Kencang” Noh Salleh

Photo 28-10-14 16 28 05

IKLAN

28 Oktober 2014, semalam telah berlangsungnya majlis pelancaran album solo yang pertama buat Noh Salleh atau sebelum ini dikenali sebagai Noh Hujan, bertempat di White Box, Publika.

Album yang berjudul Angin Kencang ini menampilkan enam buah lagu baru yang menyajikan irama serta adunan muzik yang nyata berbeza. Yang istimewa mengenai album ini adalah, kesemua lagu adalah ciptaan beliau sendiri bagi memastikan peminat Noh dapat merasai kepuasan dan terpesona dengan sentuhan peribadi beliau. Selain itu, lagu-lagu yang dihasilkan terinspirasi daripada isteri kesayangan Noh, Mizz Nina dan juga ayahanda dan bonda mertua beliau.

Album solo ini juga mampu menonjolkan kebolehan beliau sebagai seorang pemuzik yang versatil. Noh gemar bereksperimentasi dengan genre muzik yang pelbagai, jadi beliau tidak terikat kepada mana-mana genre muzik.

Arus industri muzik di Malaysia kebanyakannya berpaksi kepada trend semasa, lagu-lagu bernuansa dance serta dubstep menjadi pilihan tatkala kini. Bukan niat saya untuk menongkah arus, tapi kerana minat  yang mendalam terhadap karya muzik new age jazz serta elemen pop nusantara, maka terhasillah album ini,” jelas Noh.

Keseluruhan album ini adalah dalam Bahasa Melayu dan dirakamkan di studio Noh sendiri, Pharcyde Studio. Album yang mengambil masa selama setahun untuk disiapkan ini turut mendapat khidmat tenaga kreatif daripada seberang.

Lagu-lagu yang terkandung di dalam album Angin Kencang ini adalah:

1) Gelung

2) Angin Kencang

IKLAN

3) Biar Seribu

4) Bunga Di Telinga

5) Sang Penikam

6) Angin Kencang (Piano Live Version)

Photo 28-10-14 16 08 32

Photo 28-10-14 16 07 51

Photo 28-10-14 16 15 36

Photo 28-10-14 16 08 58

Photo 28-10-14 16 35 24

Photo 28-10-14 18 40 08

Photo 28-10-14 18 40 44