Berita & Isu Semasa, Hiburan, Pilihan

Fazura Muncul Dengan Program Realiti Sendiri – ‘Facing Up To Fazura’

Avatar
/
Mulan x Nocturnal
Fazura Muncul Dengan Program Realiti Sendiri – ‘Facing Up To Fazura’

Fazura 2

IKLAN

Artis wanita terkenal, Nur Fazura Sharifuddin atau dikenali sebagai Fazura kini menjadi artis Malaysia pertama yang mempunyai program realiti sendiri. Program realiti yang diberi nama ‘Facing Up To Fazura’ itu bakal bersiaran di E! Asia bermula daripada 11 Disember ini. Program yang mempunyai lima episod itu bakal memaparkan kepada anda semua mengenai kehidupan peribadi aktres berusia 31 tahun ini.

Photo 29-10-14 15 03 09

Photo 29-10-14 15 04 23

It’s official!!! I can finally share this exciting news with you, my beloved fans. My very own reality show, ‘Facing Up To Fazura’ debuts on E! Asia (Astro channel 712) starting Dec 11th. No more hearsay, here’s your chance to really face me!” kata Fazura di laman Instagramnya.

Fazura juga berkata walaupun beliau bukanlah seorang yang terbuka dalam soal peribadi, namun beliau mempunyai alasan yang tersendiri apabila menerima tawaran tersebut. Ini merupkan program pertama yang memperkenalkan ahli keluarganya kepada umum.

Program ‘Facing Up To Fazura’ diterbitkan oleh Karen Wiggins iaitu penerbit yang pernah menerbitkan program realiti Filipina bertajuk ‘It Takes Gutz to be Gutierezz’.

IKLAN