Info Menarik, Kesihatan, Makanan, Pilihan

Kulit Pisang? Jangan Buang! — 10 Kegunaan Kulit Pisang Mungkin Kita Tak Tahu

Avatar
/
Mulan x Nocturnal
Kulit Pisang? Jangan Buang! — 10 Kegunaan Kulit Pisang Mungkin Kita Tak Tahu

Semua sedia maklum tentang khasiat pisang sebagai contoh, membantu untuk mudah tidur dan juga untuk melegakan ketidakselesaan pada perut. Kebiasaannya, orang menganggap pisang adalah mudah dibawa kemana-mana dan juga sedap dimakan bersama roti contohnya. Akan tetapi, tahukah anda mengenai kulit pisang? Apakah kegunaan ataupun kebaikan kulit pisang?

IKLAN
Sumber gambar: http://forum.indowebster.com/showthread.php?t=500016&p=30443673#post30443673
Sumber gambar: Indowebster

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kulit pisang mempunyai banyak kegunaan. Daripada anda membuangnya, lebih baik kiranya anda baca bagaimana untuk gunakan kulit pisang yang kami kongsikan di sini:

  1. Menyuburkan pokok tomato – balutkan kulit pisang di sekeliling tomato supaya ia dapat menyerap nutrisi daripada kulit pisang.
  2. Digunakan di dalam kompos – kulit pisang cepat diurai dan mampu berikan banyak nutrisi penting kepada tanaman.
  3. Makanan kepada tanaman dalam – rendam kulit pisang di dalam bekas air yang besar, kemudian campurkan 1/6 air rendaman kulit pisang itu dengan 5/6 air biasa di dalam bekas penyiram untuk menyuburkan tanaman.
  4. Melegakan ruam dan kegatalan – sapukan kulit pisang pada gigitan serangga atau ruam untuk mengurangkan kegatalan dan menggalakkan penyembuhan.
  5. Makanan kepada haiwan – tambahkan sedikit tanah dan kulit pisang yang kering untuk diberikan sebagai makanan kepada ayam, arnab dan lembu.
  6. Menyediakan cuka – kulit pisang ditambah pada cuka untuk memberikan rasa cuka kulit pisang yang masam. Sesuai untuk dicampur bersama salad.
  7. Melembutkan daging – letakkan kulit pisang yang masak di dalam kuali pemanggang untuk memastikan daging akan empuk dan lembut semasa memasak.
  8. Makan kulit pisang – memberikan sumber nutrisi yang baik seperti fiber dan anti-oksida. Didihkan kulit pisang selama 10 minit, masukkan ke dalam pengisar atau campurkan bersama buah-buahan yang lain.
  9. Menarik perhatian burung dan rama-rama – letakkan kulit pisang yang terlebih masak di taman dan perhatikan sekumpulan burung atau rama-rama tertarik pada kemanisan kulit pisang tersebut.
  10. Melicinkan bahan kulit dan perak – sapukan kulit pisang pada kasut kulit, jaket ataupun perabot dan lapkan dengan kain lembut. Kisarkan kulit pisang bersama air dan gunakan untuk mengilatkan barangan perak.

Bagus, bukan? Jadi, sebagai pengguna yang bijak, hentikan pembuangan kulit pisang! Mari kita sama-sama gunakan manfaat kulit pisang sebaik mungkin.