Seaorang usahawan bernama Douw Steyn, 62, yang juga merupakan pemilik laman web insurans ComparetheMarket bernilai £ 600million hasil iklan meerkat, telah membina sendiri sebuah istana yang luas di Afrika Selatan.
Kediaman yang dinamkan Palazzo Steyn, ini sedang dibina di sebuah kawasan seluas 2,000 ekar antara Johannesburg dan Pretoria, dikelilingi oleh saluran air terjun dan tasik.
Dilengkapi dengan tujuh bilik tidur suite, sebuah bilik wain bawah tanah , dan garaj berlantai marmar yang meliputi luas ruang untuk 33 kereta, Palazzo Steyn adalah rumah terbesar di Afrika Selatan, jauh lebih besar berbanding rumah paling besar di wilayah tersebut yang dimiliki oleh Presiden negara itu, Jacob Zuma.
Terdapat juga kolam renang yang besar, dua fire pool, dan taman yang luas yang juga merupakan yang termahal di Afrika Selatan dan mencecah kos sekitar £ 14million untuk dibina .
Ketika ditanya tentang saiz garaj bawah tanah, ahli perniagaan itu, yang berkahwin dengan pekerja amal Carolyn, berkata: “Rumah saya mempunyai kawasan bawah tanah yang akan menempatkan koleksi kereta sport dan model vintage milik saya .
“Ini adalah salah satu hobi saya dan arkitek telah diberi taklimat untuk mereka bentuk sebuah bilik pameran di mana kereta mudah dipaparkan dan digerakkan. ‘
Perghhh … memang mewah!