Rasanya sudah lama tidak mendengar khabar berita bintang utama filem Bridget Jones iaitu Renee Zellweger. Terbaru, penampilan pelakon itu rancak dibualkan di laman media sosial. Apa tidaknya, bintang filem itu mengejutkan ramai apabila muncul dengan rupa paras yang tidak lagi sama seperti dulu.
Gambar-gambar Zellweger dengan ‘wajah barunya’ tersebar dengan pantas di laman sosial. Aktres itu hadir ke majlis ‘Elle Women In Hollywood Awards’ di Los Angeles baru-baru ini dengan kulit yang lebih tegang dan sepasang mata yang berbeza berbanding asalnya. Malah ada yang hampir tidak mengenalinya dan tidak kurang menyamakannya dengan Cameron Diaz. Spekulasi mengatakan perubahan drastik itu bukan kerana penambahan atau kehilangan berat badan tetapi disebabkan pembedahan plastik walaupun Zellweger tidak pernah mengakuinya. Kebanyakan peminat tertanya-tanya apa yang berlaku kepada bintang kesayangan mereka ini. Walaubagaimanapun, Renee menyatakan dia gembira dengan penampilan dan wajah barunya. Hmmmm….
Sumber : Astro Awani & Dailymail UK