Sebelum ini kami telah berkongsi pengalaman seorang pelancong dari Australia, Dylan Thomas, yang melancong ke pulau Bali berdepan dengan pengalaman ngeri apabila seekor labah-labah tropika ‘berumah’ di dalam perutnya selama tiga hari tanpa disedari.
Ini kisah yang sama juga terjadi kepada seorang wanita Daniela Liverani, 24 tahun dari Edinburgh yang menganggap hidungnya yang mengalami pendarahan selama berminggu-minggu adalah kesan daripada kemalangan motosikal terkejut mendapati sebab sebenar hidungnya berdarah adalah kerana seekor lintah yang ‘berumah’ di dalam hidungnya.
Menurut Daniela, dua minggu sebelum pulang dari Asia, dia mula mengalami hidung berdarah tetapi merasakan ianya kesan daripada terjatuh dari motosikal sehingga menyebabkan saluran darah pecah.
“Ketika saya sedang mandi, ia keluar hingga ke bibir bawah saya dan saya boleh melihat ianya melekat pada hujung hidung saya. Saya keluar dari tempat mandi untuk melihat dengan jarak dekat di cermin dan saya ternampak bentuk seperti cacing. Barulah saya sedar ianya adalah seekor binatang!”, sambung Liveranni yang sebelum ini menyangka objek hitam itu adalah darah beku di dalam hidungnya.
Setelah ke hospital, objek tersebut, seekor lintah sepanjang tiga inci, dikeluarkan dari hidung Daniela oleh staf di hospital. Menurut doktor, lintah itu sudah berada selama satu bulan di dalam hidung Daniela. Lebih teruk, jika Daniela tidak membuat pemeriksaan kesihatan, lintah itu mungkin boleh masuk ke dalam otaknya.
Daniela percaya lintah itu masuk ke dalam hidungnya ketika dia berada di Vietnam atau Cambodia. Seorang pakar lintah memberitahu lintah itu mungkin masuk ke dalam hidung Daniela ketika dia sedang berenang atau minum air.
“Dia boleh bergerak begitu pantas . Saya tidak tahu bagaimana lintah boleh masuk ke dalam hidung saya dan menjadikan lubang hidung saya sebagai ‘rumahnya’ dan darah saya sebagai makanannya.
Apapun kedua-dua kisah ini memang ngeri dan sememangnya perkara sebegini langsung tidak dijangka. Tidak kisahlah anda bercuti di dalam atau luar negara, walau di mana sahaja anda berada, harus berhati-hati.