Bintang Korea antarabangsa, Rain dikhabarkan akan beraksi semula di kaca televisyen selepas empat tahun dalam satu miniseries terbaru My Lovely Girl.
Miniseries ini akan menampilkan Rain sebagai bintang utama disamping penyanyi K-Pop terkenal Krystal Jung. Krystal sebelum ini cukup dikenali melalui lakonannya dalam siri The Inheritors dan ini adalah siri pertama yang menampilkan beliau sebagai watak utama. Turut membintangi My Lovely Girl adalah dua ahli kumpulan Infinite iaitu vokalis utama L (The Master’s Sun) dan Hoya, yang membuat debut drama televisyen dengan siri ini.
My Lovely Girl adalah drama romantis yang mengisahkan tentang dua individu yang cuba melupakan kenangan pahit cinta mereka dengan muzik. Rain memainkan watak Lee Hyun Wook, seorang penulis lagu-producer dan Ketua Pegawai Eksekutif sebuah agensi hiburan – watak yang mempunyai persamaan dengan karektor diri beliau di luar skrin – yang kehilangan cinta hidupnya akibat kemalangan. Dia mempunyai personaliti yang dingin dan sambil lewa pada mulanya tetapi secara beransur-ansur menjadi lebih terbuka selepas jatuh cinta dengan Yoon Se Na (Krystal Jung), seorang penyanyi wanita yang bercita-cita yang juga merupakan adik kepada mendiang bekas teman wanitanya.
My Lovely Girl akan memberikan penonton gambaran sepintas lalu tentang dunia K-pop yang penuh glamor. Peminat penyanyi Krystal yang juga kini bergelar pelakon bakal teruja melihat makeover penampilan dimana dari imej glamor yang selalu ditampilkannya , imejnya ditukar kepada gadis manis yang pemalu.
Jadi kepada peminat drama Korea, bersiap sedia kerana Rain sekali lagi akan memikat seluruh penonton di Asia Oktober ini pertama dan eksklusif di ONE HD!
My Lovely Girl akan ditayangkan pada 22 Oktober di ONE HD (Astro B.yond Ch393), menggantikan drama semasa Angel Eyes. Ditayangkan pada setiap hari Rabu dan Khamis, jam 8:55 malam.