Dua lelaki telah dibelasah dengan kerusi, meja dan botol oleh sekumpulan lelaki hanya kerana dituduh menjeling kumpulan lelaki tersebut. Akibatnya mangsa cedera teruk dan menerima beberapa jahitan di kepala dan badan lapor Harian Metro.
Kejadian berlaku jam 3 pagi di sebuah restoran bertempat di Metro Prima Kajang pada hari Isnin yang lalu. Kedua-dua mangsa dilaporkan sedang makan di restoran tersebut dan kemudiannya didatangi oleh sekumpulan lelaki yang tidak berpuas hati dan mempertikaikan tindakan mangsa menjeling mereka. Kedua mangsa berkata mereka hanya makan di situ dan menafikan berbuat demikian .
Bagaimanapun, penafian mangsa tidak dipedulikan sebaliknya mereka diserang oleh suspek yang bertindak ganas menghentak kerusi dan meja ke badan mangsa. Suspek turut mengambil botol kaca dan menghentak kepala dan badan kedua-dua mangsa sehingga menyebabkan kedua mereka berlumuran dengan darah.
Selepas itu suspek telah bertindak melarikan diri manakala mangsa pula cedera di kepala dan badan dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan. Mangsa telah pun membuat laporan di Balai Polis Kepong.
Pada kami, boleh jadi kumpulan lelaki ini sengaja mereka punca untuk bergaduh tetapi apapun tabiat menjeling selain memang annoying,ia memang berpotensi membawa padah seperti ini. Kalau anda ada tabiat suka menjeling orang, bawak-bawak la berubah ya.