Buku terbaru siri Harry Potter bakal diterbitkan? Betul ke ni? Baru-baru ini penulis terhebat JK Rowling mencetuskan khabar angin bahawa buku di dalam siri Harry Potter berkemungkinan akan kembali semula selepas satu tweetnya di laman sosial Twitternya baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, terdapat juga dakwaan itu sebenarnya adalah hint berkaitan filem spin-off Harry Potter yang melibatkan fiksyen ‘magizoologist’ yang berurusan dengan makhluk ajaib, Newt Scamander iaitu Fantastic Beasts and Where to Find Them. Ia sebenarnya merujuk kepada sebuah filem trilogi yang memberi tumpuan kepada kehidupan Newt. Cerita ini berlatarkan bandar New York, 70 tahun sebelum peristiwa Harry Potter berlaku. Spekulasi mengenai kebangkitan Potter bermula selepas Rowling mencatatkan satu teka-teki kepada peminatnya kelmarin dengan mesej “Cry, foe! Run amok! Fa awry! My wand won’t tolerate this nonsense,”.
Spekulasi bermula di Reddit dan Twitter dan perkara itu ditepis oleh Rowling dengan tweet “#helpfulhint. The solution is the first sentence of a synopsis of Newt’s story. It isn’t part of the script, but sets the scene.” ( “Penyelesaiannya kepada teka teki tadi adalah ia merupakan ayat pertama kisah Newt. Ia bukan sebahagian daripada skrip, tetapi merupakan lokasi. ” ) . Kemudian, Rowling memberi respons kepada tekaan beberapa peminat iaitu “Newt Scamander hanya tinggal di New York untuk beberapa jam …”.
Nampaknya tiada lagi buku terbaru Harry Potter. Walau bagaimanapun, bagi peminat siri itu, mungkin filem terbaru Newt Scamander ini boleh mengubati rindu anda!