Siapa yang dapat menafikan kuasa alat solek dalam merubah wajah seseorang. Makeup is magic ! Dengan kecanggihan dan pelbagai teknik yang diperkenalkan, hidung yang pesek dapat dimancungkan, muka yang bulat boleh diruncingkan malah mata yang sepet pun boleh nampak besar tanpa perlu pembedahan plastik atau suntikan .
Namun transformasi wajah yang dilakukan oleh lelaki ini dengan hanya bersolek memang mengagumkan. Aktor dan hos dari Filipina ini telah merubah mukanya kelihatan seperti wanita jelita. Dengan menggunakan alat mekap, kanta lekap berwarna dan rambut palsu dia berjaya membuakan wajahnya kelihatan seperti model Tyra Banks, Kim Kardashian, Beyonce, Megan Fox dan ramai lagi.
Karya-karyanya sentuhan magisnya ini teleh dimuat naik sendiri oleh beliau di akaun Instagramnya. Berikut kami kongsikan beberapa gambar sentuhan magis beliau.