Belum lagi menembusi pasaran Malaysia, tetapi kita sudah dilayangkan dengan beberapa perspektif buruk mengenai peranti terbaru keluaran Apple ini . Kalau sebelum ini heboh tentang video kononnya peranti ini boleh dilenturkan menggunakan tangan, [ Baca : [ VIRAL ] Video Dan Gambar iPhone 6 Boleh Dilenturkan Guna Tangan kini heboh pula tentang perkhabaran satu lagi “kebolehan’ gajet kegilaan dan idaman ramai ini.
Percayakah anda, peranti secanggih iPhone 6 telah membuatkan janggut dan rambut penggunanya tertanggal? Pengguna yang telah memiliki peranti ini telah mendakwa, kelim antara material aluminium dan skrin kaca peranti tersebut telah membuatkan rambut atau bulu roma mereka tersepit di kawasan berkenaan dan membuatkannya tercabut.
Lebih menghangatkan kontroversi tersebut , sebuah iklan parodi yang berbunyi mengejek dakwaan tersebut dengan mengatakan peranti tersebut juga sesuai dijadikan pisau cukur.
Tidak dapat disahkan kesahihan perkara ini namun untuk anda yang masih menunggu kedatangan jualan peranti ini di pasaran Malaysia, adakah anda rasa terjejas dengan perkhabaran seperti ini?