Terletak di tengah-tengah Mont’ Kiara, Pretz n’ Beanz turut jua menjual pelbagai pilihan kopi yang enak yang semestinya memenuhi citarasa penggemar kopi sejati. Menariknya, setiap minggu mereka turut menawarkan hidangan istimewa dalam bentuk yang cukup menarik dengan tawaran harga terbaik.
Lokasi yang menawarkan pelbagai pilihan pretzel segar yang di bakar lembut ini juga satu-satunya kafe yang menawarkan pizza pretzel di Malaysia. Menariknya, setiap doh diadun berbeza (tapi dijamin sedap) bagi menghasilkan adunan yang kekal lembut walau selepas dibakar. Simpulan pastri Jerman ini cukup dikenali, manis dan diisi dengan pelbagai perisa untuk melengkapi rupanya.
Kopi enak yang diperbuat daripada biji kopi panggang artisan premium, dibrew oleh barista terlatih. Malah, pelanggan juga boleh menikmati pilihan hidangan menyelerakan seperti menu sarapan gaya continental, pasta, burger dan pilihan salad yang dibuat sejurus selepas pesanan diterima. Menu utama dibuat segar di dapur kami, menjadikan hidangan yang menyelerakan tanpa sebarang bahan perisa tambahan.
Pretz n’ Beanz bukan sekadar lokasi menikmati latte dan melihat gelagat manusia. Percayalah, berbaloi untuk memesan –Tower Chicken Burger dan sudah tentu, simpulan pretzel – nantikanlah Frozen Filled Pretzels dan Pretzel Burgers kami tahun depan!
Lokasi Pretz n’ Beanz:
Solaris Mont Kiara
No. 22, Ground Floor, Jalan Solaris 4,
Mont Kiara, Kuala Lumpur
IPC, Mutiara Damansara
G23, Ground Floor, IPC Shopping Centre,
No.2, Jalan PJU 7/2 Mutiara Damansara 47800 Petaling Jaya, Selangor