Pemandu bas Rapid Penang marah ditikam oleh seorang wanita kurang siuman. Difahamkan wanita berusia 27 tahun tersebut marah dan tidak berpuas hati kerana pemandu tersebut tidak memberhentikan bas yang dinaikinya di tempat kebiasaan wanita tersebut selalu turun.
Wanita tersebut telah meminta pemandu berkenaan berhenti di hadapan rumahnya yang terletak di Green Garden sebaliknya telah berhenti di perhentian bas berdekatan yang tidak jauh daripada rumahnya. Berang dengan perkara tersebut, wanita itu telah bertindak menikam paha kanan mangsa berkali-kali dengan sebilah pisau sebelum turun daripada bas.
Akibatnya bahagian paha kanan mangsa mengalami pendarahan teruk . Menurut laporan The Star Online, bahagian yang ditikam adalah saraf utama dan pemandu berkemungkinan hilang kaki kanannya.
Semasa kejadian, mangsa memberhentikan bas di tepi jalan dan telah meminta bantuan rakan sekerjanya yang kemudiannya menghubungi ambulans. Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kehilangan banyak darah.
Mangsa masih lagi berada dalam keadaan tidak stabil. Kejadian tersebut telah dirakam melalui kamera berlitar tertutup (CCTV) dan sewaktu kejadian terdapat lima lagi penumpang yang lain.Polis masih memburu wanita terbabit.
[ Sumber : The Star Online , Astro Awani, Kosmo Online, BH Online, Sinar Harian Online]