Sejak bertudung, pelakon cantik Emma Maembong dilihat makin berseri dan anggun sekali, malah, dia dilihat mengenakan purdah pada masa-masa tertentu mengikut keselesaannya.
Walaubagaimanapun, terdapat suara sumbang yang seperti busuk hati mengatakan Emma berimej purdah kerana mahu mengelak daripada diserbu para peminatnya. Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 22, bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.
“Memang ada masanya saya berpurdah. Saja seronok nak cuba dan ia terpulang pada mood ketika itu. Saya tahu ada yang kata saya berpurdah kerana mahu elak daripada dikenali peminat. Taklah, mana ada. Memandangkan saya baru sahaja bertudung, jadi saya seronok mencuba pelbagai fesyen tudung untuk melihat kesesuaian, jelasnya.
Malah, menurut kekasih Zizan Razak ini, walaupun sudah bertudung sejak dua bulan lalu, dia masih lagi menerima tawaran lakonan seperti biasa.
“Selama ini saya fikir, jika bertudung, rezeki lakonan mungkin akan terbatas, tetapi Alhamdullilah, saya masih lagi mendapat pelbagai tawaran lakonan. Semoga rezeki lakonan ini berkekalan InsyaAllah. Dalam pada itu, perniagaan tudung saya iaitu Hijab by Emma Maembong turut mendapat sambutan. Ada juga merancang untuk perluaskan lagi perniagaan, tengok dulu macam mana,” tuturnya.
mstar.com.my