Kecantikan, Pilihan, Tips, Tips - Kecantikan

Radang-Penuaan – Tahukah Anda Keradangan Buatkan Kulit Jadi Cepat Tua?

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Radang-Penuaan – Tahukah Anda Keradangan Buatkan Kulit Jadi Cepat Tua?

Sepanjang beberapa tahun lepas, penyelidikan kosmetik telah mula menemui faktor penuaan sel yang tidak diketahui sebelum ini iaitu radang-penuaan. Anehnya, kulit tidak menunjukkan tanda penderitaan. Tiada kemerahan, tiada kegatalan. Juga tidak terasa tegang. Namun, keradangan berlaku secara “senyap” dalam sel kulit, dan keradangan ini akan menyebabkan penuaan kulit.

IKLAN

Keradangan Sebabkan Kulit Cepat Tua

Kulit secara semula jadi mengandungi imbangan unsur pro-radang (untuk menyingkirkan bahan buangan) dan unsur anti-radang (untuk mengehadkan aktivitinya mengikut keperluan kulit).

Namun, apabila ketuaan sel berlaku, imbangan ini terganggu. Stratum korneum menjadi lebih nipis. Epidermis mengambil

masa lebih lama untuk membaharui dirinya dan menjadi lebih telap, menyebabkan kulit lebih terdedah kepada tekanan alam sekitar. Di tahap lebih jauh dalam dermis, kulit mula mengeluarkan lebih banyak pengantara pro-radang: menjadikannya dalam keadaan radang.

Mengapa keradangan mempercepatkan proses penuaan?

radangkulit

Ia merangsang ketidakseimbangan dalam kulit; mengganggu imbangan pengutus keradangan. Ini dinamakan “lata radang”, yang:

• memperlahankan metabolisme sel, yang bertanggungjawab terhadap kecergasan kulit; menjadikan kulit terdedah kepada kesan tekanan oksidatif

IKLAN

• memperlahankan sintesis lipid, yang memastikan keutuhan ikatan antara sel dan saput hidrolipid; merosakkan fungsi rintangan kulit,

• mengganggu imbangan membran sel; kulit menjadi lemah

• merosotkan matriks luar sel dermis; kulit kehilangan ketumpatan dan kegebuan.

Kesan keradangan kronik dalam senyap ini adalah jelas : Wajah menjadi kusam, kulit mula nampak kendur dan berkedut.

Bagaimana untuk mencegah radang penuaan ini?

Anda boleh menggunakan pelbagai produk kecantikan untuk mengurangkan keradangan kulit, dan juga anda boleh dapatkan produk organik terkini dari Melvita.

Jenama penjagaan kulit organik Perancis yang terulung, Melvita, telah memperkenalkan produk kompleks tunas yang dipatenkan. Ekstrak pokok bic, pain, anggur hitam dan raspberi bergabung tenaga untuk membina benteng yang diperlukan oleh kulit bagi menentang kesan penuaan kulit disebabkan radang. 

Ciri-ciri antiradang-penuaan kompleks tunas Melvita 

1. DALAM SEL

Gabungan kuasa-kuasa tunas ini merangsang tindakan enzim (superoksida dismutase) yang menentang kesan oksidatif daripada penguraian oksigen dalam kulit dengan melindungi sel daripada kesan oksidatif radikal bebas. Gabungan kuasa tunas merangsang dan menguatkan keberkesanan fungsi sel dalam kulit.

2. ANTARA SEL

Gabungan kuasa tunas ini mengawal pengeluaran sitokin. Dengan bantuan molekul “pengutus” ini, sel kulit boleh berkomunikasi dengan lebih cekap. Ini menguatkan pertahanan kulit dan membolehkannya menentang serangan unsur luar.

3. DI SEMPADAN SEL

Gabungan kuasa tunas ini memperlahankan tindak balas keradangan, yang menguraikan komponen tertentu membran sel kulit. Membran sel menjadi lebih kuat.

4. DI KELILING SEL

Gabungan kuasa tunas ini meningkatkan pengeluaran molekul (versican) yang mengekalkan penghidratan dalam dermis – pengeluarannya menyusut bila usia meningkat. Pengikatannya dengan asid hialuronik dan elastin menjadikan molekul ini penting untuk kesepaduan matriks luar sel.

Produk Komplekx Tunas Melvita

1. BIO-EXCELLENCE NATURALIFT ORGANIC YOUTHFUL DAY CREAM (40ML, RM208)

Formula ini menawarkan tindakan perlindungan dan pengentalan kompleks tunas eksklusif Melvita, untuk melicinkan kedutan dan garis halus. Ia juga mengandungi mentega shea, untuk menyihatkan kulit, dan kombinasi rai, oat dan bunga raya, yang bersama-sama mencantikkan raut wajah.

Arahan penggunaan: Sapukan sedikit krim pada waktu pagi pada muka dan leher yang bersih.

2. BIO-EXCELLENCE NATURALIFT ORGANIC YOUTHFUL NIGHT CREAM (40ML, RM225)

Selain tindakan pengentalan dan perlindungan kompleks tunas Melvita, yang melicinkan kedutan dan garis halus, formula ini juga mengandungi mentega shea, dan juga minyak evening primrose, yang terkenal kerana keupayaannya membantu mencegah penuaan kulit. Bahan ini bergabung dengan rai, oat dan bunga raya, yang membantu mencantikkan raut wajah, untuk memberikan tindakan pembaharuan intensif.

Arahan penggunaan: Sapukan sedikit krim pada waktu malam pada muka dan leher yang bersih. Tekstur krim ini yang pekat meresap ke dalam kulit, untuk menyihatkan dan melembapkan sepanjang malam.

3. BIO-EXCELLENCE NATURALIFT ORGANIC YOUTHFUL EYE CONTOUR (15ML, RM170)

Dirumus dengan kompleks tunas pengentalan dan perlindungan, krim mata ini diperkaya dengan plankton – terkenal kerana ciri-ciri penyaliran, yang membantu mengurangkan lingkaran gelap. Ia juga mengandungi tepung beras, untuk memberi kemasan berserbuk lembut. Rai, oat dan bunga raya memberi tindakan pelengkap, melicinkan kedutan dan garis halus. Keliling mata lebih licin dengan serta-merta.