Memang sudah menjadi trend ibubapa zaman kini suka menamakan anak melebihi dua nama. Malah nama akan menjadi lebih panjang kalau ada nama keluarga atau keturunan di hadapan seperti Syed , Syarifah, Tengku, Wan dan sebagainya.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara , Datuk Sulaiman Keling baru-baru ini telah mendedahkan satu info menarik tentang nama paling panjang yang pernah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sejak beroperasi pada tahun 1948. Milik seorang kanak-kanak perempuan yang kini berusia 8 tahun, nama terpanjang di Malaysia adalah Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Binti Airol Anizam.
Perghhh … memang panjang betul nama adik ni, sampai ada gabungan 7 nama belum lagi dicampur dengan nama ayah (binti). Selalu penulis dengar usikan dan nasihat kepada mereka yang ingin menamakan anak perempuan, jangan letak nama terlalu panjang, takut nanti susah pengantin lelaki nak sebut nama pengantin perempuan sewaktu lafaz akad nikah.
Nama yang terlalu panjang juga pernah menjadi isu sebelum ini kerana menjadi kesukaran untuk diletakkan dalam kad pengenalan. Tapi apapun nama adik ni memang unik la, paling panjang dalam Malaysia la katakan.