Kenali Faktor Dan Tanda Awal Kanser Payudara

Oct 03, 2014
38 Shares 2166 Views
12 Comments

Bulan Oktober adalah Bulan Kesedaran Barah Payudara oleh itu kami ingin berkongsi dengan anda 5 tanda awal barah payudara dan 5 faktor kanser payudara yang patut anda tahu. Barah payudara merupakan pembunuh utama kaum hawa dengan hampir separuh dari wanita yang di diagnosis mengidap kanser payudara mendapat berita ini pada usia kurang dari 50 tahun. Bermaknanya ia boleh terkena kepada sesiapa sahaja, baik yang tua mahupun yang muda.

Apa sebenarnya barah payudara ini?

Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya. Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.

Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya akan menghasilkan lebihan tisu. Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan. Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign (tumor bukan barah) dan malignan (tumor jenis barah). Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Hampir 80 peratus daripada para penghidap ketumbuhan payudara adalah dari kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan jenis ini.

kanser-payudara-1

Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran. Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekali gus memasuki saluran darah serta sistem limfa. Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya. Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.

Kanser payudara boleh dibahagikan kepada dua bentuk: invasif dan tidak invasif. Dalam kanser tidak invasif, sel-sel kanser hanya tertumpu di kawasan asalnya manakala di dalam kanser invasif, sel-sel kanser tersebut telah merebak ke tisu-tisu di sekeliling payudara.

Bagi payudara yang normal, sel-selnya mengalami pertumbuhan yang terkawal dan teratur. Hormon estrogen bertangungjawab dalam pertumbuhan dan pembentukan sel-sel payu dara. Ketidakimbangan hormon dikatakan memainkan peranan yang penting dalam patogenesis kanser. Walau bagaimanapun pelbagai pencetus pertumbuhan kanser dan onkogen terutamanya He-2/nev telah dikenalpasti sebagai penyebab kanser payu dara yang penting.

Onkogen merupakan gen yang mungkin bertanggungjawab dalam pembentukan sel kanser. Fungsi gen ini boleh berubah dan sel-sel boleh terpesong daripada proses kawalan pertumbuhan sel yang normal. Pembentukan kanser merupakan proses yang kompleks yang melibatkan pelbagai faktor lain seperti genetik, kawalatur hormon dan juga keadaan persekitaran.

Tahap Kanser Payudara 

kanser-payudara-tanda

Tahap  1
Pada peringkat ini, ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun kurang daripadanya. Dalam tahap ini, sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.

Tahap 2
Pada tahap serta peringkat yang kedua ini, ukuran ketumbuhan barah payudara akan meningkat antara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.

Tahap 3
Saiz ketulan barah payudara berukuran 5 cm. Pada peringkat ini, barah payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada).

Tahap 4
Pada peringkat serta tahap ini, serangan barah ini akan menjalar kepada bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian payudara. Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar ataupun tetulang penghidapnya.

Faktor Barah Payudara

1. Umur – umur merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara. Pesakit yang lebih tua memiliki risiko yang lebih tinggi. 1 daripada 500 wanita dalam umur 30’an mempunyai kebarangkalian yang tinggi mendapat kanser payu dara.

2. Sejarah keluarga – terdapat juga beberapa bukti bahawa penyakit ini boleh diwarisi tetapi peranan genetik di dalam hal ini masih belum difahami sepenuhnya. Wanita yang mempunyai ibu atau anak perempuan atau kakak/adik yang menghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara

3. Sejarah mengidap kanser – pernah menghidap kanser payudara sebelum ini. Ini mungkin merupakan faktor yang penting dalam pembentukan kanser payudara.

4. Pernah menghidapi penyakit payudara benigna proliferatif

5. Wanita yang berasal dari Amerika Utara/Eropah Utara; insidens dan kematian disebabkan kanser payudara adalah lebih tinggi berbanding dengan negara-negara lain seperti Jepun

6. Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)

7. Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.

Tanda barah payudara

  1. Gejala utama yang dialami oleh pesakit adalah kehadiran ketumbuhan, pengeluaran cecair lelehan dari puting, dan sakit atau ketidakselesaan di sekitar payu dara.
  2. Ketumbuhan yang terjadi pada pesakit merupakan perubahan utama yang dialami oleh pesakit. Ketumbuhan ini biasanya tidak sakit dan terdapat pada sebelah payudara sahaja. Ianya keras dan pejal dan memiliki tepian yang tidak licin.
  3. Lelehan yang keluar dari puting kadangkala mengandungi darah dan berair dan datang secara spontan tanpa sebarang rangsangan.
  4. Apabila kanser telah melarat dan memasuki peringkat yang lebih berbahaya, payudara dan puting akan mengalami perubahan bentuk. Akan terbentuk lekukan pada kulit payudara dan teksturnya kelihatan dan dirasai seperti kulit buah oren. Bentuk dan saiz payudara juga akan berubah.
  5. Ruam di bahagian ini dan persekitaran kulitnya juga boleh menjadi simptom serangan kanser payudara. Ruam di puting atau kawasan persekitaran puting boleh terjadi akibat daripada ekzema.

Mengesan kanser payudara

Mamografi

Mamografi biasanya dilakukan untuk menyokong pemeriksaan fizikal kerana proses ini mampu mengesan perubahan pada sel dan tisu payudara yang mungkin terlalu kecil untuk dikesan melalui pemeriksaan fizikal yang menggunakan tangan. Mamografi adalah X-ray yang menghasilkan imej payudara pada filem. Imej yang terhasil ini dipanggil mamogram. Jika ada kawasan pada mamogram yang mencurigakan atau tidak jelas, pemeriksaan tambahan mungkin dijalankan.

Anda boleh lakukan pemeriksaan mamografi di hospital kerajaan dan juga swasta ( bayaran dikenakan ). Sempena bulan kesedaran kanser payudara, Philips Malaysia juga akan mengadakan pemeriksaan mamografi secara percuma di sebuah hospital di Shah Alam.

Ultrasonografi

Ultrasonografi menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk menentukan sifat ketumbuhan tersebut sama ada pepejal atau berisi bendalir.

Biopsi

Biopsi adalah ujian lanjutan bagi memeriksa tisu-tisu kanser. Sedikit sampel tisu payudara diambil dan diperiksa menggunakan mikroskop.

Anda juga mungkin berminat

5 Bahan Dari Dapur Anda Ini Mampu Menyihatkan Masalah Kulit Kering!
Tips - Kecantikan
51 shares431 views
Tips - Kecantikan
51 shares431 views

5 Bahan Dari Dapur Anda Ini Mampu Menyihatkan Masalah Kulit Kering!

Izzah Azizah - Mar 23, 2017

Kering sehingga merekah dan luka!  Kulit kering jarang berlaku pada penduduk negara yang mempunyai cuaca lembab sepanjang tahun seperti Malaysia.…

Review: 5 Perkara ‘Best’ Tentang Samsung Galaxy A5 2017
Review
46 shares530 views
Review
46 shares530 views

Review: 5 Perkara ‘Best’ Tentang Samsung Galaxy A5 2017

Afiqah Syamin - Mar 23, 2017

Telefon pintar adalah keperluan masa kini yang wajib bagi semua manusia. Selain memudahkan kita untuk berhubung, telefon pintar juga tidak…

Nak Perut Kempis Bak Supermodel? Hanya Minum Detoks Timun Sebelum Tidur
Kecantikan
88 shares843 views
Kecantikan
88 shares843 views

Nak Perut Kempis Bak Supermodel? Hanya Minum Detoks Timun Sebelum Tidur

Malisa Aina - Mar 23, 2017

Siapa yang tak inginkan perut kempis bak supermodel Victoria's Secret? Nampak cantik mengenakan apa sahaja outfit. Semestinya perut menggelebeh ke depan,…

Penuhi Aktiviti Cuti Sekolah Ini Dengan Menonton Rancangan Menarik Di Neftlix
Info Menarik
9 shares229 views
Info Menarik
9 shares229 views

Penuhi Aktiviti Cuti Sekolah Ini Dengan Menonton Rancangan Menarik Di Neftlix

Izzah Azizah - Mar 23, 2017

Cuti sekolah datang lagi! Pasti diantara anda masih lagi belum menyediakan aktiviti menarik untuk anak-anak. Apa kata kali ini ambil…

Sertai Ulang Tahun Lazada Ke-5 Yang Meriah Dengan Jualan Murah!
Acara
25 shares260 views
Acara
25 shares260 views

Sertai Ulang Tahun Lazada Ke-5 Yang Meriah Dengan Jualan Murah!

Afiqah Syamin - Mar 23, 2017

Demi terus menyediakan perkhidmatan jualan atas talian yang terbaik buat rakyat Malaysia, tahun ini Lazada menyambut ulang tahunnya yang ke-5…

12 Responses

  1. Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser…buah pinggang rosak dan kebocoran protin yang punca peyebab kerosakan awal buah pinggang..herba ni terlalu berkesan…akar kayu herba…merawat dan membaik pulih…jangan sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi…sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin

    Reply
  2. Assalamualaikum, sy suliana umur 24tahun belum berkahwin. sy nak bertanya sekiranya ade sedikit air yg keluar di tengah payudara adakah itu tanda-tanda kanser payudara? terima kasih.

    Reply
  3. Salam izinkan sy bertanya, berapa kos utk lakukan mamografi? dan bengkak di lengan kiri yg berpanjangan adakah disebabkan kanser payudara?

    Reply
  4. salam sy awani 17 tahun. sy ingin tahu adakah sakit pada skitar payudara adalah punca dripda kanser ? sy masih confius kerana stengah org mengatakan sakit itu disebabkan datangnya haid

    Reply
  5. assalamualaikum,saya berumur 31 tahun..ibu kepada 2 anak..masa sekarang ni saya menyusukan anak saya yg berusia 9 bulan..saya mengalami bengkak pada bahagian kanan payudara saya,ditepi puting terdapat bengkak bulat2 kecil dan semasa anak saya menyusu,sy mengalami kesakitan yg amat sgt..adakah situasi saya ini tanda2 awal kanser payudara/ terima kasih…

    Reply
    • mungkin cyst ataupun bisul. untuk kepastian sila lakukan blood test untuk cancer marker.

  6. kanser biasanya memakan masa antara 15-20 tahun untuk terjadi (ada juga yg terjadi dalam masa yg kurang dari masa tersebut tetapi amatlah kurang). Cara mudah untuk mengetahui samada ianya kanser atau tidak, sila lakukan blood test untuk cancer marker. Cuma perlu ambil darah sahaja. Mammogram, biopsi dan juga jenis2 scan yg menggunakan xray, chemicals solution amat merbahaya pada kesihatan. banyak kes2 menunjukkan kanser terjadi atau exaggerate selepas biopsi, petscan, mammogram ataupun ctscan.

    Reply
  7. saya pernah mengalami pembedahan minor untuk membuang benign pada tahun 2010. sekarang ada kesan kemerahan berbentuk syiling 20sen pada bekas parut, kering dan terasa gatal. adakah iyu tanda kanser? bagaimana cara mengetahui sama ada ianya adalah kanser atau penyakit kulit?

    Reply
  8. good morning ,
    saya pernah melakukan pembedahan bagi membuang Lump sebayak 2 kali .iaitu pada tahun
    2007 dan 2009 . pada tahun ini iaitu 2016 apabila saya menlakukan pemeriksaan sendiri saya dapati terdapat 1 ketulan pada payu dara saya , ianya berhampiran dengan ketiak , saya membuat pemeriksaan kerana lately saya kerap sakit kepala dan sesak nafas .. adakah ini petanda saya mengidapi kanser payu dara ?

    Reply
  9. hye..sy nk tanye..sy kerap mengalami gatal 2 sekitar payudara sebelah kiri.. tp gatal 2 terasa dibahagian dalam payudara..adakah itu juga tanda2 kanser??

    Reply
  10. saya mengalami sedikit pembengkakan, tapi terasa sakit dan pedih apabila dia tekan, adakah ini ialah tanda-tanda kanser payudara?
    terima kasih

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published.