Ikon fesyen dan pereka Victoria Beckham telah membuat pengumuman untuk menjual kira-kira 600 item daripada koleksi peribadinya untuk tujuan amal pada Ogos baru-baru ini. Keputusan tersebut dibuat selepas beliau membuat lawatan ke atas mangsa HIV di Afrika Selatan.
Mulianya hati isteri kesayangan David Beckham. Tapi ada bahagian yang lebih menarik ingin kami kongsikan dengan anda. Walaupun bermurah-hati untuk melelong koleksi-koleksi ikoniknya daripada awal kerjaya sebagai penyanyi kumpulan Spice Girls, pereka fesyen ternama ini menegaskan untuk tidak melepaskan dress yang dipakai ketika date pertamanya dengan David Beckham.
Selain ianya mempunyai nilai sentimental yang tinggi buat dirinya, ibu kepada empat orang anak ini rupanya memasang niat untuk mewariskan gaun mini tersebut kepada anak bongsunya Harper. Begitu juga dengan gaun perkahwinannya dengan bintang bola sepak tersebut. Harper yang kini berusia 3 tahun merupakan satu-satunya anak perempuan kepada pasangan popular dunia ini. Untungnya dapat ibu semanis ini.