Jaya Shopping Centre, yang dikenali sebagai pusat membeli-belah di kawasan berhampiran baru-baru ini dibuka semula kepada orang ramai dan ianya telah menjadi pusat membeli-belah rasmi untuk Ratu Cantik Dunia Malaysia 2014. Bersempena dengan persatuan yang glamor ini, Jaya Shopping Centre telah menganjurkan pameran fesyen selama dua hari dari 23-24 Ogos 2014 dan mempamerkan fesyen pakaian dan barang kemas daripada penyewa butik di pusat membeli-belah tersebut. Pada 24 Ogos 2014, kesemua dua puluh orang peserta peringkat akhir telah memperagakan pakaian dan aksesori yang disediakan oleh butik-butik di Jaya Shopping Centre seperti Athi’s Collection, Bhaju, Chopra, Poya, Square Room dan Tulip, dengan aksesori dari Pashrose dan barang kemas jed dari Rui.