Makanan, Pilihan, Tips - Makanan

[ Panduan/Tips ] Bagaimana Ingin Cari Makanan Halal di Luar Negara?

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
[ Panduan/Tips ] Bagaimana Ingin Cari Makanan Halal di Luar Negara?
Kredit gambar via ethnoscopes.blogspot.com
Kredit gambar via ethnoscopes.blogspot.com

Penulis pasti anda rasa was-was, sangsi bila berada di luar negara lebih-lebih lagi bila bercuti di negara yang majoriti masyarakatnya tidak beragama Islam. Ada setengah premis makanan tersalah anggap dengan konsep makanan halal, pada mereka asalkan tiada babi, makanan tersebut boleh dimakan. 

Wanista tertarik untuk berkongsi beberapa tips yang diperolehi daripada Majalah Libur yang ternyata berguna dijadikan panduan. 

1. Cuba cari restoran yang mempamerkan logo pensijilan Halal di premis mereka. Anda boleh mendapatkan info mudah mengenai restoran halal di internet.

2. Pilihan kedua andai tiada restoran halal, cari restoran yang menyediakan makanan berunsurkan seafood dan vegetarian. Apapun hati-hati agar tiada penggunaan alkohol, wain dan juga minyak haiwan digunakan. 

3. Paling mudah jika anda bawa sendiri bekas makanan untuk anda nikmati di dalam hotel. Tidak salah untuk menyediakan makanan sendiri dengan hanya membeli belah di kedai-kedai tempatan untuk produk semula jadi (buah-buahan, sayur-sayuran, roti, madu dan lain-lain).

4. Pek makanan ringan yang halal dan sihat seperti oat untuk mengelakkan anda dari kelaparan. Kekacang, buah-buahan kering dan sesetengah makanan ringan mampu membantu anda untuk kekal kenyang sepanjang malam. Jika tidak, mi segera adalah pilihan yang mudah dan mengeyangkan.

5. Pelajari dan kenali istilah dan nama-nama lain bagi babi yang digunakan dalam menu makanan Italy, Mexico, French dan sesetengah restoran barat bagi membantu anda membuat pemilihan makanan dengan mudah.

6. Jika terpaksa makan di luar, pilih makanan vegetarian atau seafood yang dirasakan tidak mengandungi kandungan babi atau alkohol. Anda boleh bertanya kepada pelayan dengan lebih lanjut mengenai penyediaan makanan setelah mengimbas menu dan memberi sedikit ‘guide’ kepada pelayan mengenai diet halal.

BACA  Cara Diet Berkesan Makan Sikit Tapi Kenyang