Kita selalu berpandangan bahawa orang yang boleh melakukan dua atau lebih kerja dalam satu masa adalah individu yang hebat. Malah kebanyakan majikan juga suka untuk meletakkan kemahiran multitasking ini sebagai kriteria yang dicari dalam memilih pekerja. Namun tahukah anda, berdasarkan satu kajian amalan seperti ini didapati boleh membuatkan otak mengecut.
Kajian tersebut juga mendapati kepintaran individu yang menggunakan beberapa peralatan teknogi dalam masa yang sama juga turun menurun. Penyelidik dari Universiti Sussex berkata: “Menggunakan telefon bimbit, komputer riba dan media peranti lain pada masa yang sama boleh mengubah struktur otak kita. ‘Paling membimbangkan, bahagian otak yang mengecut juga terlibat dalam pemprosesan emosi.”
Amalan ini juga dikatakan menjejaskan fokus, meningkatkan kemurungan, kebimbangan dan menggangu pembelajaran di sekolah. Walaubagaimanapun lebih banyak kajian yang perlu dilakukan untuk membuktikan kebenaran teori ini. Para saintis sebelum ini ada mengeluarkan teori yang membuktikan struktur otak boleh berubah akibat pendedahan yang berpanjangan kepada persekitaran dan pengalaman baru.
Jadi mungkin kita boleh mula mengurangkan amalan ini sedikit demi sedikit dan memberi tumpuan kepada satu pekerjaan dalam satu masa.