“Mahu sehidup semati” merupakan ungkapan yang selalu dengar daripada pasangan yang sedang hangat bercinta ataupun baru berkahwin. Namun kisah yang bakal kami kongsikan dengan anda ini mungkin merubah ideologi anda yang hanya menganggap ia sebagai ungkapan suka-suka dan tidak membawa maksud sedalam itu.
Di Brussels , Belgium, sepasang pasangan warga emas nekad untuk mati bersama dengan menggunakan kaedah euthanasia Euthanasia merujuk kepada amalan mengakhiri hidup dengan sengaja dan cara ini adalah alternatif bunuh diri yang dikatakan membolehkan individu mengalami kesakitan dan penderitaan yang minimum berbanding terjun bangunan dan sebagainya. Melakukan Euthanasia secara rela hati adalah sah di sisi undang-undang beberapa negara.
Pasangan ini memilih untuk berbuat demikian kerana tidak mahu menanggung kesunyian jika salah seorang meninggal dunia terlebih dahulu. Mereka juga bimbang tidak mampu untuk memiliki rumah persaraan kerana kos akan melebihi elaun pesara yang mereka peroleh.Pilihan mereka juga disokong oleh anak-anak mereka yang mengatakan mereka tidak boleh menjaga ibubapa mereka apabila salah seorang daripada mereka meninggal dunia nanti. Malah anak-anak mereka yang membantu menjayakan rancangan tersebut .
Kedua pasangan emas ini merancang untuk mati bersama pada 3 Februari tahun hadapan yang juga jatuh pada hari ulangtahun perkahwinan mereka yang ke – 64 dengan meletakkan beg plastik ke kepala mereka selepas mengambil pil tidur dengan dos berlebihan .