Berita & Isu Semasa, Gossip Antarabangsa, Hiburan, Pilihan, Uncategorized

[ TERKINI / 13 Gambar ] Pelakon George Clooney Telah Berkahwin Di Venice!

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ TERKINI / 13 Gambar ] Pelakon George Clooney Telah Berkahwin Di Venice!

20140928-073559.jpg

IKLAN

Akhirnya salah satu bintang yang paling seksi di dunia, George Clooney, 53, telah berkahwin dengan kekasihnya yang juga peguam hak asasi manusia yang berasal dari Lubnan, Amal Alamuddin, 36, di dalam satu majlis tertutup di Venice, Italy hari ini.

Wajah Clooney kelihatan amat gembira dan ceria semasa dia tiba dengan teksi air dari Hotel Cipriani ke tempat perkahwinannya yang sejak awal dipenuhi dengan ahli keluarga dan sahabat handai. Selain itu juga dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya, dia melambai kepada paparazi yang berada di dalam bot dan beratus-ratus penonton yang berbaris di jambatan Grand Canal.

Perkahwinan diadakan di hotel 7 bintang iaitu Aman Canal Grande Hotel yang merupakan upacara simbolik sebelum upacara perkahwinan secara sivil mereka dilakukan di Palazzo Cavalli iaitu dewan di bandar Venice di mana majlis perkahwinan sivil biasanya dilakukan.

Akhbar USA today melaporkan, kakitangan hotel dilihat membentuk satu halangan pelindung antara Clooney dan tetamu, tetapi kemudian Clooney melambai tangan kepada mereka yang berada di luar.

Senarai tetamu yang hadir termasuklah selebriti kelas A iaitu Bono, Ellen Barkin, Emily Blunt dan John Krasinski, Sandra Bullock, Matt Damon , Brad Pitt, Angelina Jolie, Julia Roberts, Cindy Crawford.

Detik Pertemuan Clooney – Amal

Kedua-duanya bertemu di Rom pada tahun 2007, semasa Clooney menerima Anugerah Sidang Kemuncak Keamanan untuk menggalakkan keamanan di Darfur.
Mereka bertunang sekitar bulan April lalu dan pertama kali dilihat di khalayak ramai sebagai pasangan pada bulan Oktober tahun lepas dan telah pun pergi bercuti di Tanzania dan Seychelles. George Clooney telah berkahwin dengan pelakon Amerika Syarikat , Talia Balsam selama empat tahun di antara 1989 dan 1993.

20140928-073604.jpg

20140928-073614.jpg

IKLAN

20140928-073622.jpg

20140928-073640.jpg

20140928-073701.jpg

20140928-073709.jpg

20140928-073714.jpg

20140928-073722.jpg

20140928-073650.jpg

20140928-074112.jpg

20140928-074140.jpg

20140928-073634.jpg

Leave a Reply
Your email address will not be published. *