Medium online dan applikasi dating bukan lagi satu medium baru dalam mencari pasangan dan bertemu jodoh. Namun, perkara yang selalu dibimbangi oleh mereka yang mencuba nasib di medium ini adalah tertipu dengan apa yang dipaparkan. Mesti frust kan rasanya apabila gambar profile yang dimuat naik tidak sama dengan rupa sebenar ketika berjumpa nanti. Jadi persoalannya adakah rupa fizikal memang merupakan kriteria utama dalam pemilihan pasangan ? Bagi kami tidak juga, semuanya bergantung kepada citarasa masing-masing.
Eksperimen sosial yang dijalankan oleh applikasi dating dalam talian, Tinder ini memang menarik. Dalam dunia percintaan internet, wanita paling takut jika ter- berkenalan dengan pembunuh bersiri manakala lelaki pula dengan wanita gemuk. Memasang objektif untuk menguju kebenaran teori ini, ternyata reaksi yang diterima oleh lelaki dan wanita adalah berbeza.
Untuk eksperimen pertama, seorang model wanita digunakan. Dalam applikasi tersebut, gambar yang dimuatnaik naik menunjukkan seorang perempuan cantik dengan potongan badan bak model Victoria Secret. Pada pertemuan sebenar, gadis ini disolek untuk menampakkan dia seperti seorang wanita yang gemuk dan tidak sama seperti dalam gambar. Daripada lima orang lelaki yang diuji, hanya seorang sahaja yang tidak melarikan diri dengan alasan yang berbeza. Ada yang marah kerana rasa ditipu, ada yang pura-pura ke tandas dan ada juga yang mengaku telah berkahwin. Saksikan video ini sendiri dan nilaikan.
Dan berbeza pula dengan reaksi para wanita yang diuji dengan cara yang sama. Jadi keterlaluankah kalau kami katakan lelaki lebih memandang rupa berbanding wanita ?