Untuk musim baru yang hampir tiba, Cath Kidston memperkenalkan sebuah koleksi baru dengan rekaan yang luar biasa dalam Koleksi Musim Luruh / Sejuk 2014. Mengambil inspirasi daripada komik-komik dan kartun-kartun vintaj yang merupakan kegemaran Cath sendiri, koleksi ini terdiri daripada cetakan grafik baru ‘Stop Thief!’, yang memberikan sentuhan yang ceria dalam cetakan bintik polka dan bunga-bungaan klasik daripada Cath. Cetakan yang penuh kenakalan ini mempamerkan seutas jalur komik yang dilukis dengan tangan, yang menampilkan aspek lucu serta nakal dalam ilustrasinya terhadap seorang anggota polis dan adik lelaki Cath sebagai seorang perompak yang jahat. Menggabungkan hasil kerja jalur yang kukuh dengan latar belakang yang berwarna terang, cetakan ini adalah unik, ceria dan membawa sentuhan yang menyegarkan pada koleksi ini.
Rekaan produk-produk yang utama dalam koleksi ini termasuk beberapa barangan klasik Cath Kidston, seperti beg buku yang diperbuat daripada kain minyak dan cawan Stanley. Juga merupakan pilihan-pilihan baru dalam koleksi kanak-kanak adalah produk Cath Kidston yang paling laris seperti beg sandang kanak-kanak, beg tote serba guna dan beg simpanan makanan tengah hari yang baru. Lengkapkan set ini dengan 2 buah buku nota, pek pen dan pengasah pensil untuk menjadinya sebuah set barangan keperluan sekolah yang sempurna.
Koleksi Musim Luruh / Sejuk 2014 ini juga memperkenalkan cetakan London Buses dan Kingswood Rose. Cetakan ‘London Buses’ merupakan sebuah cetakan klasik yang baru, diilhamkan oleh sehelai tuala pengesat teh lama yang merupakan sebuah hadiah yang diberikan kepada Cath Kidston, serta menjadi penerapan yang menakjubkan dalam cetakan London yang ikonik. Memaparkan gaya grafik yang berani serta menerapkan sentuhan Inggeris dan keceriaan Cath Kidston, cetakan ini juga menampilkan sebuah bas menuju ke arah Piccadilly, salah sebuah lokasi kedai utama jenama ini di London. Produk-produk yang disertakan dalam cetakan ini terdiri daripada beg sukan kanak-kanak, beg yang boleh diterbalik guna dan beg bagasi kanak-kanak. Sesuai dipadankan dengan aksesori-aksesori jenama Cath Kidston seperti sarung pelindung tablet dan dompet perjalanan berzip untuk mendapatkan gaya British ikonik yang sempurna.
Tetap dengan pendirian dalam menggunakan cetakan bunga berurutan yang terkenal pada jenama Cath Kidston, cetakan corak ‘Kingswood Rose’ terdiri daripada Rose Ivory dan didapati dalam produk-produk seperti beg sandang dengan pemukaan licin, beg harian dan beg tangan berzip kecil, keperluan yang sempurna untuk mendapatkan gaya rupa bunga klasik daripada Cath Kidston.
Koleksi “Stop Thief!” sudah boleh mula didapati di kesemua kedai-kedai Cath Kidston bermula Ogos lalu.
Peminat jenama ini juga pastinya akan gembira untuk mengetahui bahawa Cath Kidston telah membuka kedainya di Sunway Pyramid baru-baru ini, membawa cetakan unik beliau ke kawasan Petaling Jaya dan Subang. Merangkumi keluasan sebanyak 1,060 kaki persegi, kedai baru tersebut menawarkan koleksi terbaru Cath Kidston yang terdiri daripada aksesori, beg, pakaian, produk rumah dan koleksi kanak-kanak.