Seorang surirumah dari Wigan, England Christina Briggs, mendakwa yang dia memerlukan lebih dana dari kerajaan negaranya untuk mengubah gaya hidupnya yang tidak sihat. Wanita seberat 158 kg ini juga mengatakan bahawa dia tidak boleh berbuat apa-apa tentang saiz badannya memandangkan dia hanya mampu membeli makanan ringan kerana harga makanan sihat adalah terlalu mahal.
Menurut laporan Daily Mail, wanita ini berkata, jika dia seorang yang kaya, dia akan membeli makanan yang segar dan mendaftar sebagai ahli gimnasium. Wanita ini juga memberitahu bahawa dia pernah cuba untuk menyertai aktiviti berenang dalam usahanya menurunkan berat badan namun kos yang terlalu tinggi telah menghadkan beliau dari berbuat demikian dan kos tersebut juga akan membuatkan beliau ‘mengorbankan” makanan kegemarannya seperti piza dan makanan cina.
Christina yang juga seorang pengganggur mendapat elaun sebanyak £ 20,000 setahun dan tinggal di rumah dengan dua anaknya yang masing-masing berusia 10 dan 2 tahun. Wanita ini juga enggan bekerja kerana ingin menumpukan perhatian dalam penjagaan anak- anaknya. Jadi dalam kenyataannya, satu-satunya harapan untuk membuatkan dia mampu membeli buah-buahan, sayur-sayuran dan keahlian gim. Dia juga mengharapkan lebih elaun daripada kerajaan dalam bentuk insentif wang tunai untuk mengurangkan berat badannya. Dia juga ingin mendapatkan £ 1 untuk setiap paun berat badannya turun , atau baucar makanan yang sihat.
Macam-macamlah. Pasal nak turunkan berat badan pun nak mengharapkan bantuan kerajaan.