Kisah yang kami ingin kongsikan ini rasanya paling padan dengan peribahasa “Anak kera di hutan disusui , anak sendiri di rumah kebuluran.”. Cuma ‘anak yang disusui’ ni bukan anak kera sebaliknya anak patung.
Kerrie Williams , 33 tahun sanggup membelanjakan lebih daripada 20, 000 British Pound Sterling ke atas 7 koleksi anak patung bayinya namun enggan mengeluarkan wang untuk membeli barang keperluan dua orang anak perempuan kandungnya.
Wanita ini sanggup menghabiskan wang untuk membeli baju ,mainan dan aksesori malah kereta sorong yang bernilai 1 000 British Pound Sterling untuk anak patung bayinya. Obsesi wanita ini mengakibatkan dia tidak cukup belanja untuk anak perempuannya yang masing-masing berusia 12 dan 13 . Ketika kedua anaknya meminta untuk dibeli baju baru, Kerrie akan mengatakan kepada mereka yang ianya hanya membawa kepada pembaziran kerana mereka akan membesar nanti.
Kerrie juga telah menolak permintaan anaknya yang inginkan kasut sukan jenama Vans namun sanggup membelikan kasut tersebut untuk anak patungnya. Wanita ini mula mengumpul anak patung bayi selepas mengalami keguguran ketika kandungannya berusia 12 minggu pada tahun 2012. Dia mendakwa bahawa hanya anak patungnya boleh menenangkannya dan mulai detik itu apa yang dimahukannya cuma seorang bayi yang lain. Dia juga beranggapan bahawa anaknya sudah terlalu dewasa untuk dipeluk dan mendapat perhatiannya . Wanita ini juga berpendapat mereka akan lebih gembira dengan keluar bersama rakan-rakan mereka.
Tidak pasti samaada wanita ini mempunyai masalah kesihatan mental ataupun menghidapi penyakit “meroyan”, tapi berdasarkan cerita ini, macam ada kemungkinan.