Makanan, Pilihan

11 Tempat Makan Paling Sedap Di Johor Bahru

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
11 Tempat Makan Paling Sedap Di Johor Bahru

Bila ke sesuatu tempat, mesti kita cari tempat makan yang best dan sedap malah harga murah. Jadi, Wanista kumpulkan beberapa tempat makan yang boleh anda kunjungi bila ke Johor Bahru. Senarai ini diperolehi daripada beberapa bacaan di blog dan juga pilihan penulis yang pernah mencuba di beberapa tempat makan tersebut. 

jb

1. Tapah Corner. Jika anda mencari tempat makan untuk sarapan, penulis syorkan anda datang ke sini kerana terdapat pelbagai pilihan makanan yang sedap malah harganya sangat murah. Penulis sukakan roti canai, nasi lemak, paru goreng, asam pedas ikan dan pelbagai lagi. Untuk pengetahuan anda, orang Singapura awal-awal lagi turun ke JB dan berhenti sarapan di sini. (Restoran Tapah Corner yang terletak di berhampiran Kampung Melayu)

jb 1

2. Medan Selera Tepian Tebrau. Medan Selera Tepian Tebrau. Terdapat sebuah gerai makan yang terletak di hujung medan selera, Gerai Yong Yong. Di sini, terdapat pelbagai jenis seafood dan kesemuanya segar-segar belaka. Anda patut cuba ikan bakar kerana sosnya cukup sedap, membuatkan anda ketagih dan langsung tidak hanyir. Lokasinya, terletak 300m dari Dataran Bandaraya Johor Bahru yang bersebelahan dengan Hospital Sultanah Aminah.

writinglikeastoner.wordpress.com
writinglikeastoner.wordpress.com

3. Restoran Singgah Selalu. Terletak di Jalan Kolam Air, berdepan dengan Danga Bay tetapi di seberang jalan juga berhampiran jalan masuk ke Istana Bukit Serene. Ini boleh dikatakan tempat lepak untuk golongan muda kerana ianya agak happening dan dibuka 24 jam, waktu siang disediakan dengan pelbagai bufet makanan melayu, malam pula pelbagai seafood dan ala carte. Lagi satu, jika anda penggemar shisha, sini tempatnya. 

blogmakanbest.blogspot.com
blogmakanbest.blogspot.com

4. Restoran Seri Bayu Perdana. Restoran ini terletak di Jalan Susur Larkin Perdana 2 , Larkin, Johor Bahru. Menyediakan lebih daripada 40 jenis aneka lauk-pauk masakan Melayu. Menariknya pernah memasuki rancangan Jalan-jalan Cari Makan dan juga dikunjungi artis-artis terkenal tanah air seperti Amy Search, Datuk Siti Nurhaliza, Alleycats, Jalil Hamid. 

Facebook Wadihana Islamic SteakHouse (WISH)
Facebook Wadihana Islamic SteakHouse (WISH)

5. Wadihana Islamic Steak House. Rata-rata ramai recommend tempat makan ini. Terletak di Bandar Baru Uda, bersebelahan Plaza Angsana, deretan kedai di belakang gedung kain Jakel. Di sini terdapat pelbagai aneka steak dan menu makanan barat, wajib cuba Western Steak house. Untuk info, boleh ke Facebook Wadihana Islamic SteakHouse (WISH).

BACA  10 Kentang Goreng Fast Food Paling Sedap Pilihan Wanista!
www.realmalaysia.com
www.realmalaysia.com

6. Senibong Sea Food. Di sini terdapat 3 hingga 4 buah restoran makanan laut di atas pinggir laut antaranya ialah Restoran 6 Corner, Gerai Permata Senibong dan lain-lain lagi. Pemandangan cantik, terutama di waktu malam, sambil makan dapat menikmati lampu-lampu malam jauh di seberang laut, Pulau Singapura dan Sembawang. Lokasinya jauh sedikit dari pusat bandar JB iaitu di Persimpangan Traffic Light di hadapan Jaya Jusco Permas. 

herneenazir.com
herneenazir.com

7. Ateh Corner. Ateh Corner terletak di Jalan Kebudayaan, Taman Universiti (berdekatan Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 4). Di sini terkenal dengan western food dan juga seafood dan juga aneka jenis sup, ramai recommend sup ekor yang berharga RM7.00 satu mangkuk. 

riodenaz.blogspot.com
riodenaz.blogspot.com

8. Medan Selera Jalan Sg Chat. Lokasinya berdekatan dengan Dataran Bandaraya Johor Bahru. Di sini, istimewanya ialah Murtabak Singapura RM8.00 sekeping, sangat tebal dan mempunyai banyak daging, memang sedap dan berbaloi dengan harganya. 

www.eatz.me
www.eatz.me

9. Medan Selera Lotun Van di Dataran Bandaraya. Sentiasa ramai dan penuh. Menariknya ialah van-van lotun yang menyediakan meja dan kerusi unutk pelanggan di kawasan tempat letak kereta. 

missfairladyjim.blogspot.com
missfairladyjim.blogspot.com

10. Banafee Village. Tema ‘Makan Bintang Lima… Harga Kaki Lima’, Restoran Banafee Village menyediakan lebih lima menu utama, iaitu nasi padang yang menerima permintaan amat baik selain makanan Melayu, Cina, Barat dan Asia Barat. Antara yang menjadi pilihan ialah nasi ayam penyek, asam pedas ikan, nasi Arab, ayam goreng sos lada hitam serta pelbagai jenis minuman, termasuk kopi Banafee.

11. Restoran Masakan Kampung Mak Mah. Jika anda mencari makanan tengahari berlaukan masakan kampung, ini tempat terbaik dan wajib singgah. Asam pedas ikan sangat terbaik dan cukup menyelerakan di samping pelbagai pilihan makanan yang lain. Lokasi terletak di Taman Universiti, Skudai. 

Sumber – Pengalaman sendiri & 1 & 2 & 3

BACA  7 Resepi Masakan Ketam Yang Menyelerakan Untuk Hujung Minggu Ini!
  1. ..sy dah mkn byk tempat di johor, …oerggg ‘.asam pedas jati johor ‘ du bbu jln padi emas 1/2 memang terbaiik, bukan puji tapi memang baiklah puas hati & nilai wang andalah…

  2. Assalamualaikum…
    sy ghazni.salah seorg staff Nasi Lemak Big Boss…sy ingin menjemput anda datang ke gerai kami di jalan dhoby Bandaraya JB utk food review…kami mengalu2kan kedatangan anda…
    No.Phone : 0177779978 ghaz
    Terima kasih…

  3. restoran masakan kampung mak mah tu rasanya dah tak sesuai kot…
    sebab kualiti yang sekarang dah tak sama macam dulu2 masa saya jadi student di UTM.. dah berapa kali saya pergi dapat ayam gorneg yang mentah didalam..
    harga pulak makin mahal… Sejak diambil alih oleh waris mak mah.. huhuhu

  4. assalamualaikum…saya ingin menawarkan servise periklan….mulut ke mulut….periklan ini amat berkesan..dari iklan biasa…perbayaran die custamer dtg baru servise 2 bayar…anda tahu servise 2…anda fhm?..klw tidak fhm…sy boleh explainkan…contact sy 0134749086..dan juga saya mencari rakan niaga untuk menjalankan biniz ini

  5. Damai seafood kt kampung danga pun best..meh singgah Little Luqman Homestay Skudai..kita borak2 dgn pure Johorian katne lagi nak cari makan2 best around JB.

    0177088553

  6. ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
    radenpoker.Com Website judi online dengan variasi game terbesar ( Poker | Q-KICK | Capsa Susun | CEME | BLACKJACK |
    radenpoker.Com Super Bonus (Casino) :
    (1). Rollingan 10 juta bonus 50.000
    (2). Rollingan 25 juta bonus 125.000
    (3). Rollingan 50 juta bonus 250.000
    (4). Rollingan 100 juta bonus 500.000
    (5). Rollingan 250 juta bonus 1.250.000
    (6). Rollingan 500 juta bonus 2.500.000
    (7). Rollingan 1 Miliyar bonus 5.000.000
    ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
    bonus deposit new member 15%
    => bonus next deposit 10%
    ==> Min Depo 15000
    ===> 100% Member Asli
    ====> 5 Game Dalam 1 ID
    =====> Pelayanan DP & WD 24 jam
    ======> Dibantu 4 Bank Terbaik Indonesia
    =======> Bisa Dimainkan Di Hp Android & Apple
    ========> Bonus Super, 5.000.000 Setiap Minggu
    =========> Bonus Referall 15%
    ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
    BBM : 593DD9A9
    wechat : radenpoker
    line : radenpoker
    Website : radenpoker.com
    Facebook : radenpokerhttps://www.facebook…322415/?fref=ts
    ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
    RADENPOKER.Com Partner Judi Online Terbaik , Aman & Terpercaya

Leave a Reply
Your email address will not be published. *