Satu lagi francais kafe Australia kini di Malaysia, Jamaica Blue Coffee dikatakan sebagai ‘the home of fine coffee,’ telah buka awal bulan ini di Mid Valley Megamall. Team Wanista bernasib baik kerana telah dijemput mencuba aneka makanan dan minuman yang sememangnya recommend kepada semua shoppers di Mid Valley Mega Mall.
Bagi shoppers yang penat membeli-belah dan ingin berhenti bagi menikmati kopi dan aneka pencuci mulut, Jamaica Blue Coffee menyediakan pelbagai pilihan dan semestinya sedap. Pada sesiapa yang tertanya-tanya lokasi tepat, Jamaica Blue Coffee terletak di seksyen South Wing ( dua tingkat daripada panggung wayang GSC, betul-betul di hadapan Butik Carlo Rino).
Menariknya, Jamaica Blue Coffee menggunakan kopi campuran tunggal asal dari Wallenford Estate di Jamaica Blue Mountain, tempat yang terkenal dengan biji kopi premium. Anda coffee lover? Kami recommend beberapa kopi yang umpphh dan mesti cuba seperti Latte, Mocha, Capuccino, Flat White dan pelbagai lagi. Jika anda tidak sukakan kopi, anda boleh cuba Boston Iced Tea, Chocolate Banana Cream, Chai Latte, Mango Gone Bananas dan banyak lagi.
Untuk makanan pula, kami recommend Jamaica Blue Big Breakfast, Caramel Macchiato Cheese Cake, Beef Caramelised Onion Pastry Rolls, Blueberry & Lemon Scones, Beef Vegetables & Lasagna, Avocado Smash with Poached Egg, Cinnamon Teacake Muffin.
Semestinya ksemua harga setiap makanan dan minuman di sini sangat reasonable dan semua orang boleh mencubanya.
Lokasi:
Jamaica Blue Coffee, Mid Valley
Lot No. FK-05, First Floor, South Wing,
Mid Valley Megamall,
Kuala Lumpur
Tel: +603 – 2938 3333
Daily: 9.30 am – 10 pm