Kesihatan, Pilihan

Individu Bunuh Diri Setiap 40 Saat. Salah Siapa?

Malisa Aina
/
P.E.T.I.T.E
Individu Bunuh Diri Setiap 40 Saat. Salah Siapa?

commit suicide

Boleh dikatakan setiap hari kita baca berita tentang kes bunuh diri akibat tekanan hidup melibatkan g0longan selebriti dan juga orang biasa. Malah, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kejadian bunuh diri didapati berlaku setiap 40 saat dengan warga emas lebih banyak melakukannya. Malah, jumlah itu lebih tinggi daripada mangsa perang dan bencana alam. 

Dalam laporan pertama Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), badan itu menyalahkan laporan berlebihan media mengenai tindakan selebriti membunuh diri menyebabkan kes seumpama itu berkembang.

“Bunuh diri adalah masalah kesihatan awam. Terdapat satu kematian akibat bunuh diri setiap 40 saat, ia satu angka yang besar. Terdapat 1.5 juta kematian akibat keganasan setiap tahun berlaku di dunia, yang mana 800,000 adalah bunuh diri,” jelas Shekhar Saxena, Pengarah Bahagian Kesihatan Mental WHO.

Laporan itu menyebut kadar kematian bunuh diri adalah di timur Eropah dan di Asia dengan 25 peratus berlaku di negara-negara membangun. Kaum lelaki didapati bunuh diri dua kali lebih banyak berbanding wanita dengan cara kematian menggantung diri, menembak diri sendiri dan di kawasan pedalaman kebanyakannya mengambil racun serangga. Kadar kematian bunuh diri global adalah tinggi dalam kalangan yang berumur 70 tahun ke atas. Di sesetengah negara lain, kadar kematian berlaku dalam kelompok golongan muda. Jumlah kematian kedua global terbesar membabitkan mereka yang berumur antara 15 hingga 29 tahun.

robin williams rip

Alexandra Fleischmann, seorang daripada pengarang bagi laporan itu menyalahkan publisiti meluas diberikan kepada selebriti terkenal seperti Robin Williams, yang bunuh diri akibat tekanan. 

Presiden Persatuan Menangani Bunuh Diri Antarabangsa, Ella Arensman berkata, selepas menerima berita kematian Williams, beliau menerima lima emel yang baru sahaja berjaya mengatasi daripada kemahuan untuk mengambil nyawa sendiri  memberitahu mereka sedang berfikir untuk membunuh diri sekali lagi.

Fleischmann berkata bunuh diri bukan satu perbuatan yang glamor untuk disensasikan malah meminta media tidak melaporkan punca kematian bunuh diri dalam awalan laporan tetapi meletakkan punca itu di bawah.

Baca – Pelakon Robin Williams Ditemui Mati, Disyaki Bunuh Diri

WHO yang menyifatkan bunuh diri sebagai masalah kesihatan awam terbesar telah melakukan kajian di 172 buah negara untuk menghasilkan laporan tersebut yang mengambil masa sedekad. Pada tahun 2012, negara yang memiliki pendapatan tinggi merekodkan kadar bunuh diri tertinggi – 12.7 orang setiap 100,000 populasi, berbanding 11.2 orang di negara miskin dan berpendapatan sederhana. Bunuh diri dan cubaan bunuh diri dikenal pasti sebagai perbuatan jenayah di 25 buah negara iaitu di Afrika, Amerika Selatan dan Asia.

Negara catat kes bunuh diri paling kerap: 

Guyana mencatatkan kes bunuh diri paling kerap iaitu 44.2 bagi setiap 100,000 populasi. 

Korea Selatan (38.5) 

Korea Utara (28.9)

Sri Lanka (28.8)

Lithuania (28.2)

Suriname (27.8)

Mozambique (27.4)

Nepal (24.9)

Tanzania (24.9)

Burundi (23.1)

India (21.1)

South Sudan (19.8)

Russia (19.5)

Uganda (19.5)

Hungary (19.1)

Japan (18.5)

Belarus (18.3)

Difahamkan, kebanyakan mangsa bunuh diri adalah daripada kumpulan populasi terpinggir dan kebanyakan mereka miskin dan mudah tertekan.

Sumber : 123

Komen Anda