Bercuti memang seronok, dapat luangkan masa bersama keluarga. Malah setelah penat bekerja, anda benar-benar perlukan masa untuk dihabiskan bersama keluarga juga anak-anak dengan santai tanpa memikirkan tugas seharian. Namun, soalnya, di mana lokasi yang percutian yang sesuai untuk anak-anak kecil terutama sekitar Asia?
1. KidZania [Indonesia]
Jika anda ke Indonesia, jangan lupa singgah ke KidZania. KidZania adalah sebuah pusat rekreasi berkonsep edutainment yang unik bagi anak-anak usia 2 tahun hingga 16 tahun. Dibina menyerupai replika sebuah bandar, di tempat rekreasi ini anak-anak boleh bermain bermain sambil mempelajari pelbagai kerjaya bila dewasa. Antara bidang kerjaya yang diketengahkan seperti doktor, bomba, pilot dan sebagainya. Dengan harga tiket masuk 90 ribu – 200 ribu rupiah, anda dan anak boleh nikmati hiburan di samping mendidik.
2. Legoland [Malaysia]
Dari namanya saja sudah terbayang kalau Legoland merupakan sebuah pulau yang dipenuhi dengan permainan lego. Legoland yang berada di Malaysia ini merupakan tempat rekreasi Lego terbesar di Asia. Mempunyai dua kawasan bermain dan satu tempat untuk berehat di antaranya Lego theme park, Lego water park, dan Lego hotel. Jika anda merupakan peminat lego, datang berkunjung ke Legoland tetapi ketahui harga tiket yang ditawarkan ini.
3. Singapore Zoo [Singapura]
Jika anda mempunyai pelan percutian bersama keluarga ke Singapura, sila berkunjung ke Singapore Zoo. Untuk pengetahuan anda, zoo ini merupakan antara zoo bertaraf dunia dengan mempunyai haiwan luar biasa seperti harimau putih dan sebagainya. Di sana juga terdapat beberapa restoran yang menarik dengan harga yang berpatutan. Aktiviti menarik yang diadakan antaranya adalah “Jungle Breakfast” and “Lunch with Lions”.
4. Fuji-Q Highland [Jepun]
Taman hiburan yang terkenal dengan roller coaster antara terhebat malah paling gerun berada di sini. Taman hiburan yang terletak di Gunung Fuji ini mempunyai banyak roller coaster yang pasti menggegarkan jantung anda seperti Dodonpa, Eejanaika, dan Fujiyama. Antara yang menarik dan wajib pergi ialah Tekkotsu Bancho, Tondenima, Nagashimasuka, Panic Clock, Red Tower, dan Red Tower. Fuji-Q Highland tidak hanya menyediakan hiburan untuk orang dewasa, kanak-kanak disediakan dengan permainan yang menarik seperti Adventure land of Kaiketsu Zorori, Tea Cups, Merry Go Round, Hide and Seek in The Forest.
5. Disneyland [Hong Kong]
Mickey Mouse, Sleeping Beauty, Cinderella, dan para watak Disney semuanya boleh anda temui di Hong Kong Disneyland. Mempunyai pelbagai permainan berdasarkan watak kartun Disney menjadikan Hong Kong Disneyland ini terkenal di mata dunia.