Pisang adalah salah satu buah tropika yang enak dan memberi banyak manfaat, terutama pada wanita. Kajian terbaru menunjukkan bahawa makan pisang boleh mengurangkan risiko strok pada wanita terutama wanita yang sudah memasuki alam menopause.
Menurut Daily Mail, ancaman strok di kalangan individu pertengahan umur dapat dikurangkan dengan amalan makan pisang. Pisang terbukti mempunyai jumlah kalium yang tinggi sehingga dapat membantu menurunkan risiko strok hingga 25 peratus.
Kajian dibuat pada 90137 wanita menopaus berumur 50 hingga 79, dilakukan selama rata-rata 11 tahun. Pasukan penyelidik melihat berapa banyak kalium mereka makan dan sama ada mereka mempunyai strok atau mati semasa kajian.
Hasilnya, wanita yang mengambil makanan dengan tinggi kalium mempunyai kemungkinan kecil mengalami strok berbanding wanita yang hanya makan sedikit kalium. Pada kajian yang sama ditemui hasil bahawa wanita yang makan lebih banyak kalium mempunyai peluang hidup lebih panjang.
Penyelidik senior, Sylvia Wassertheil-smoller, dari Albert Einstein College of Medicine di New York berkata, “Penemuan kami menunjukkan bahawa wanita perlu mengambil lebih banyak makanan yang kaya kalium. Anda tidak akan mencari kalium dalam makanan ringan. Beberapa makanan yang tinggi kalium adalah kentang putih, ubi manis, pisang dan kacang putih”.
Namun jangan juga berlebihan mengambil makanan yang mengandungi kalium, kerana kalium yang terlalu tinggi boleh membahayakan jantung.