Setelah lama menanti, akhirnya Scha Alyahya telah memperkenalkan anak sulungnya di laman Instagramnya. Sebelum ini , ramai yang ternanti-nanti untuk melihat bagaimana rupa bayi sulung Scha Alyahya dan pengacara Awal Ashaari ini lantaran keengganan mereka untuk mendedahkan wajah bayi yang dikenali sebagai baby L sahaja pada mulanya ini.
Scha kemudiannya hanya mendedahkan nama pertama anaknya iaitu Lara. Kedua-dua mereka juga turut memuat naik gambar bayi ini namun tidak mendedahkan wajanhya. Akhirnya padahari ini, barulah aktres ini memperkenalkan nama penuh cahaya mata mereka berserta dengan gambar wajah sekali.
Salam Jumaat semua. Name given is Lara Alana Ahmad Awaluddin. Have a blessed Friday all
Keputusan pasangan ini untuk tidak mendedahkan dulu wajah anak mereka sebelum ini mendapat kritikan dan pertikaian peminat .Malah pilihan nama “Lara” yang didedahkan terlebih dahulu juga mendapat kecaman sesetengah peminat di laman sosial kerana kurang bersetuju dengan kerana “lara” dalam bahasa melayu bermaksud kesedihan (Sumber ).
Portal hiburan terkenal Roti Kaya juga pernah melaporkan yang Scha berminat untk menamakan anak mereka dengan nama klasik seperti Aminah manakala Awal pula lebih gemar dengan nama-nama yang ada pada zaman sekarang. Tapi pada pengamatan penulis, nama Lara Alana ni memang moden bunyinya.
Tapi apapun bayi pasangan ini semeemangnya secomel ibu dan ayahnya kan. Anda rasa baby Lara Alana ni ikut wajah Scha atau Awal?