Tahniah buat Angelina Jolie dan Brad Pitt selepas mengikat tali pertunangan 2 tahun lalu kini pasangan berpengaruh itu sudah bergelar suami isteri.
Menurut laporan akhbar antarabangsa seperti ABC News dan Daily Mail, pasangan Hollywood popular ini telah berkahwin hujung minggu lalu di Perancis, dengan kehadiran enam orang anak mereka.
Semasa majlis itu berlangsung, Jolie dilaporkan berjalan sambil ditemani anak sulungnya Maddox, 13, dan Pax, 10, yang memegang lengannya; anak perempuannya Zahara, 9, dan Vivienne, 6, melemparkan kelopak bunga manakala dan Shiloh, 8, dan Knox, 6, menjadi pemegang cincin.
Terkini, gambar rasmi perkahwinan pasangan paling berpengaruh ini disiarkan secara eskslusif oleh Majalah People dan Hello. Angelina dilihat cantik mengenakan busana perkahwinan oleh Luigi Massi. Apa yang menarik pada wedding dress Angelina ialah himpunan kreativiti reka bentuk lukisan kanak-kanak pada gaun dan vale miliknya, cukup unik dan penuh memori.