Nampaknya media luar gemar sungguh menangguk di air keruh atas tragedi buruk yang menimpa negara kita. Sewaktu tragedi MH370 masih hangat diperbualkan, salah satu akhbar utama Australia , The Daily Telegraph meletakkan sebesar-besarnya gambar pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid bersama seorang gadis di hadapan akhbar mereka dengan tajuk utama “Playboy Pilot” dan kini seorang gadis dari negara sama juga telah membuat pertuduhan terhadap pramugara MAS yang didakwa mencabulnya ketika bertugas.
Terbaru, sebuah portal berita dari negara ini (Australia) juga cukup gigih untuk membuktikan yang MAS (Malaysia Airlines ) sedang menghadapi krisis yang teruk dan kononnya tidak mempunya penumpang . Antaranya :
Rows and rows of empty seats are seen, with just three passengers visible.( Tempat duduk kosong , hanya tiga penumpang kelihatan).
Berita bertajuk “Higher commissions, fewer passengers: The struggle to save Malaysia Airlines deepens” ini disertakan gambar-gambar yang diambil dari laman Twitter dan salah satu gambarnya adalah milik pemenang Masterchef UK Catherine Chin Wan Ping Coombes. Namun ,melalui akaun Twitter dan Instagramnya , Coombes bangkit membetulkan fakta sebenar.
Terkejut melihat gambar ini di media! Bagi sesiapa yang pernah naik kapal terbang tahu, keluarga dan anak-anak akan naik terlebih dahulu, tempat duduk penerbangan itu tidak kosong, sebaliknya ia sebenarnya penuh.Ia benar-benar menyedihkan apabila ucapan terima kasih kerana naik taraf yang telah ditawarkan digunakan untuk menyerang sebuah syarikat penerbangan yang sedang melalui masa yang sukar. Kita sepatutnya menawarkan sokongan.
Namun melalui pemerhatian kami di laman portal tersebut, gambar tersebut sudah pun diturunkan. Berikut adalah gambar dan kapsyen asal yang dimuatnaik oleh beliau merujuk kepada tempat duduk kelas perniagaan yang dinaik taraf oleh syarikat penerbangan itu.
Terima kasih MAS, ia adalah satu kejutan yang luar biasa
Pada penulis, orang luar mungkin seronok melihat kejatuhan dan kesengsaraan negara lain, namun sebagai rakyat Malaysia, kita kena bangkit dan mempertahankan negara sendiri. Selamat Hari Merdeka !
[ Sumber ]