Kecantikan, Pilihan, Review, Review - Kecantikan

[ Review – Kecantikan ] Gentle YAG Laser, Promosi Rawatan Wajah Dan Rawatan Aesthetic Di Dr Abby Clinic!

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ Review – Kecantikan ] Gentle YAG Laser, Promosi Rawatan Wajah Dan Rawatan Aesthetic Di Dr Abby Clinic!

DSC00187

IKLAN

Baru-baru ini, penulis berkesempatan berkunjung ke Dr Abby Clinic iaitu klinik yang menawarkan perkhidmatan rawatan kecantikan, dermatologi kosmetik, anti penuaan bukan sahaja untuk wanita, bahkan lelaki juga. Klinik ini terletak di blok A, Publika dan dibuka pada jam 10 pagi hingga 6 petang pada hari Isnin hingga Jumaat, 10 pagi hingga 2 petang pada hari Sabtu manakala ditutup pada hari Ahad.

DSC00188

DSC00176

Sedikit info mengenai latar belakang Dr Abby

DSC00150

Dr Abrizah Ousman,atau lebih dikenali sebagai Dr Abby berkelulusan ijazah perubatan dari Universiti Sains Malaysia pada tahun 2003. Beliau memperoleh sijil amalan tetap beliau pada tahun 2005. Beliau telah dilatih dalam pelbagai kepakaran perubatan di Hospital Selayang dan kemudian memberi tumpuan di Unit Rawatan Rapi dan Anestesiologi di hospital yang sama. Pada tahun 2007, Dr Abby menceburi ( General Practice ) Amalan Am dengan minat dalam Dermatologi. Beliau memerhatikan bagaimana rupa fizikal dan wajah seseorang individu sering dipengaruhi emosi, peribadi dan pekerjaan. Beliau membangunkan minat dalam bidang Perubatan Estetik atau Perubatan Kosmetik. Dr Abby mula melanjutkan pelajaran dalam bidang ini memperolehi Sijil Perubatan Estetik dari American Academy of Aesthetic Medicine, USA.

Bermula dari rawatan chemical peel, Dr Abby mula melakukan prosedur yang lebih kompleks dan rumit seperti BTA dan Dermal Filler,rawatan laser dan rawatan frekuensi radio. Sebagai individu yang percaya bahawa pengetahuan adalah kunci kepada kejayaannya, pada tahun 2010 Dr Abby memperolehi Diploma in Practical Dermatology dari Universiti Cardiff, Wales, United Kingdom.

Dr Abby adalah peserta aktif dalam persidangan perubatan estetik dan bengkel di seluruh Malaysia dan juga di luar negara untuk bersaing dengan teknik penemuan terkini dalam bidang perubatan estetik. Beliau telah muncul dalam pelbagai program TV dan liputan media yang meluas untuk kerja-kerja beliau.

IKLAN

Antara perkhidmatan yang ditawarkan di Dr Abby Clinic :

Rawatan Sublative Rejuvenation
Rawatan Sublative Rejuvenation
Rawatan V Shape Face Slimming
Rawatan V Shape Face Slimming
Rawatan salicylic acid chemical peel
Rawatan salicylic acid chemical peel

Rawatan Buang Rambut/Bulu dengan Gentle YAG Laser

Penulis telah mencuba rawatan wajah Gentle YAG Laser untuk membuang bulu halus di bahagian atas bibir dan kaedah ini ternyata tidak menyakitkan seperti rawatan laser lain. Kini Dr Abby Clinic membuat promosi sehingga potongan 30% bagi rawatan Gentle YAG Laser di klinik miliknya.

DSC00155

DSC00154

Sebenarnya ini pertama kali penulis mencuba rawatan laser di mana-mana pusat atau klinik kecantikan, rasa gementar itu semestinya ada. Rawatan Gentle YAG Laser digunakan di mana-mana kawasan kulit yang mempunyai rambut atau bulu yang tidak diingini, termasuk muka, leher, dada, belakang, kawasan bikini, ketiak, lengan dan kaki. Prosedur laser boleh digunakan pada wanita dan lelaki, remaja hinggakan golongan yang lebih tua. Apa-apa jenis kulit boleh dirawat termasuk mereka yang mempunyai kulit gelap. Rambut atau bulu yang bakal dibuang mestilah berpigmen, sama ada coklat atau hitam.

photo 1 (30)

DSC00173

photo 4 (14)

Adakah rawatan ini sakit? Berapa lama tempoh rawatan?

Apabila laser digunakan , pesakit akan berasa sedikit rasa pedih seperti dijentik getah kecil kepada kulit. Walau bagaimanapun, sebelum rawatan, pesakit akan diberikan krim anestetik dan gel yang sapukan ke kawasan yang dirawat selama 30 minit sebelum prosedur. Ini memastikan keselesaan pesakit semasa rawatan. Cermin mata gelap dipakaikan untuk melindungi mata pesakit dari cahaya. Panjang rawatan berbeza-beza, dari lima belas minit hingga satu jam atau lebih, bergantung kepada kawasan yang hendak dilaser. Secara umumnya, pesakit perlu menjalani sehingga 4-5 kali rawatan bergantung kepada saiz kawasan rawatan.

Gentle YAG Laser menyebabkan pengurangan rambut yang ketara di kawasan-kawasan yang dirawat. Selepas 2-6 kali rawatan, kebanyakan pesakit berpuas hati dengan keputusan. Pembuangan rambut secara tetap dan total sudah semestinya sukar untuk didapati, tetapi pesakit haruskah sekali sekala ‘touch up’ kawasan yang memerlukan rawatan lanjut dari semasa ke semasa walaupun kesan rawatan adalah kekal. 

Purifying Ageless Advanced Cryo Facial Therapy

Selain itu juga penulis mencuba rawatan Purifying Ageless Advanced Cryo Facial Therapy. Rawatan ini merupakan rawatan wajah secara medikasi menggunakan bahan yang telah dibuktikan berkesan secara klinikal untuk membersihkan,menganjalkan kulit wajah, membuah bintik hitam dan putih, mengurangkan kesan kedutan dan memutihkan kulit.


Hasil Dapat Dilihat Sejurus Selepas Rawatan

Proses rawatan wajah ini mengambil masa kira-kira 1 jam. Selepas pembersihan wajah dilakukan, serum Salicylic Acid akan diletakkan pada wajah dan alat eletronik digunakan untuk memudahkan kulit wajah menyerap serum tersebut. Kemudian masker di dalam bentuk gel diletakkan pada wajah selama 30 minit sebelum ia dibersihkan. Ternyata kulit terasa lebih segar dan hasil dapat dilihat sejurus selepas rawatan!

photo 3 (18)
photo 2 (25)
photo 5 (9)

Dr Abby Clinic kini sedang membuat promosi rawatan Purifying Ageless Advanced Cryo Facial Therapy iaitu hanya RM388 berbanding harga asal RM450 untuk setiap rawatan. 

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan rawatan di Dr Abby Clinic yang terletak di Publika ini, maklumat kami kongsikan di bawah!

Alamat : A1-1-07 (Block A1, Level G3), Solaris Dutamas (Publika) Jalan Dutamas 1 50480, Kuala Lumpur. Emel : [email protected] Telefon : +603 6211 3611 , +603 6211 9757

Website : Dr Abby Clinic

Facebook : Dr Abby Aesthetic Anti Aging and Wellness Clinic Instagram : Dr Abby Clinic

lokasi