Ini adalah satu keadaan di mana seseorang itu mengalami perubahan pada perasaan atau emosi yang bercelaru di antara keadaan terlalu sedih (depresif) atau terlalu gembira (manik). Ia juga mungkin menunjukkan tanda-tanda psikosis seperti halusinasi dan delusi.
Fasa Manik
- Gangguan perasaan
- Berasa terlalu gembira dan sihat walafiat
- Berasa diri sendiri dipandang tinggi oleh orang laindan tinggi harga diri.
- Mudah berasa marah
- Kurang keperluan untuk tidur
- Lebih banyak bercakap dari biasa.
- Perhatian mudah berubah-ubah.
- Meningkat nafsu seks
- Boros dalam berbelanja
Walaubagaimanapun, gangguan mental ini bisa dicegah dengan beberapa cara, antaranya ialah:
Menulis diari
Salah satu pencegahan yang alami dan tidak memerlukan ubat adalah dengan cara menulis diari. Jika anda ingin menceritakan sesuatu namun tidak punya sahabat atau teman yang boleh dipercayai atau yang selalu menemani anda, maka buku boleh jadi sahabat setia anda. Tulis dan luahkan semua perasaan dan emosi yang ada di dalam diri. Jangan menahannya atau memendamnya sendiri kerana hal inilah yang menjadi penyebab utama mengapa anda mengalami kemurungan.
Tidur teratur dan cukup
Jika anda mula mengalami insomnia, dan bahkan tidak memerlukan tidur, atau mungkin merasa kelebihan tenaga dan merasa bahagia yang tanpa sebab, maka anda perlu berhati-hati. Anda boleh mencegah manic disorder dengan tidur yang cukup, melepaskan semua penat, tidak memikirkan pekerjaan atau masalah semasa tidur.
Hindari gaya hidup tidak sihat
Jangan pernah membiasakan diri keluar malam dan menghabiskan masa tidak penting dengan minum alkohol dan merokok. Kedua kebiasaan ini sudah diketahui umum menyebabkan pelbagai macam masalah kesihatan, tidak terkecuali masalah kesihatan mental. Jadi, walaupun anda mengalami masalah berat, jangan pernah menyentuh alkohol dan hentikan tabiat merokok. Lebih baik jika anda menghabiskan masa rehat sebentar dengan traveling atau pergi bercuti, lebih sihat secara fizikal dan mental.
Berjumpa dengan doktor
Hal ini antara perlu dan tidak perlu. Anda boleh membuat pemeriksaan jika merasa ada yang aneh dengan anda. Misalnya merasa sangat bahagia, namun merasa sedih satu jam kemudian dan hal ini terjadi tanpa alasan. Memeriksakan diri adalah hal yang baik, bukan bermakna anda sakit, tetapi hanya memastikan diri saja bahawa anda masih sihat secara fizikal dan mental.