Fesyen, Pilihan

Dari Edgy Ke Feminin! 7 Fesyen Pilihan Running Man Song Ji Hyo

Malisa Aina
/

P.E.T.I.T.E

Dari Edgy Ke Feminin! 7 Fesyen Pilihan Running Man Song Ji Hyo

Song Ji Hyo, satu-satunya ahli wanita di program hiburan keluarga nombor 1 di Korea, Running Man ini kerap beraksi seperti bodoh dan lucu tetapi cukup kuat sehingga mengejutkan ahli yang lain. Malah, Ji Hyo juga sering dilihat tanpa sebarang solekan dan selalu berpakaian kasual serta santai, pilihannya tentu sekali t shirt, skinny jeans dan sneakers. Terfikir juga bagaimana agaknya penampilan pelakon berusia 32 tahun ini di karpet merah mahupun seharian. 

Fesyen Ji Hyo di karpet merah lebih feminin manakala fesyennya di lapangan terbang lebih selesa mengenakan skinny jeans, sneakers, t shirt, jaket ataupun coat. Dari edgy ke feminin! 

1. Cukup manis sekali Ji Hyo. Kali ini gaya feminin jadi pilihan Ji-hyo untuk menghadiri sidang akhbar siri Emergency Boy and Girl. Ji Hyo kelihatan mengenakan dress A-line putih dari lace, dengan detail pita di bahagian pinggang. Supaya tidak pucat, Ji Hyo memilih untuk memakai gincu bibir rona merah. 

song ji hyo 3

2. Ketika di lapangan terbang Incheon, Seoul, Ji Hyo tampil edgy dengan jaket biker, skinny jeans dan boots hitam.

song ji hyo fashion 1

3. Ji Hyo memasukkan sedikit gaya sporty pada pilihan crop top dan A-line skirt serba putihnya dengan memakai sneakers hitam. Penampilannya juga jauh lebih muda.

song ji hyo fashion 2

4. Ketika menghadiri sesi press conference drama  ‘Chun Myung’ yang dibintanginya, Ji Hyo tampil dengan dress putih detail transparent di bahagian dada dan pinggang. Ji Hyo memasangkan dengan tumit tinggi warna senada.

song jihyo

5. Ji Hyo memilih dress pendek bercetak ketika menghadiri 2013 SBS Entertainment Awards. Dia memadankan dengan tumit tinggi dari rona biru. 

songjihyo1

6.  Gaun hitam asimetris jadi pilihan bintang filem ini ketika untuk menghadiri pelancaran Benefit Hydra Smooth Lip Color di JNB Gallery, Seoul. Agar kelihatan membosankan, Ji-hyo memadankan dengan peep-toe heels dan clutch warna shocking pink.

songjihyo2

7. Menggabungkan dua gaya membuatkan penampilan Ji Hyo di show Jardin De Chouett, Seoul Fashion Week 2014 jadi lebih unik. Gaya chic dari padanan blouse hitam dan mini skirt bersama boots sporty dengan detail tali yang maskulin serta edgy.

song-ji-hyo

Komen Anda