Kecantikan, Pilihan, Review, Review - Kecantikan

[ Pilihan Editor ] Top Pick Wanista – Mata Cantik Dengan 6 Maskara Menarik!

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ Pilihan Editor ] Top Pick Wanista – Mata Cantik Dengan 6 Maskara Menarik!

“Lirikan mata wanita bisa membunuh!” , ayat ini selalu dipakai di dalam drama atau filem. Sememangnya selain solekan mata, bulu mata yang tebal dan panjang menjadi idaman semua wanita, tetapi tidak semua dikurniakan dengan baka bulu mata bak merak.

IKLAN

Mata tanpa maskara seperti tingkap tanpa langsir. Solekan kurang menyerlah, walau anda bersungguh meriasnya. Menyedari kesan dramatik dari helaian bulu mata yang panjang dan melentik, penggunaan alat kosmetik seperti maskara berkesan untuk menjelmakan solekan memukau dengan serta-merta.

Berikut adalah top pick maskara editor Wanista.com yang boleh anda dapatkan di butik kecantikan Sephora.

Mascara pilihan Editor Wanista.com eksklusif untuk Sephora

Benefit Bad Gal Lash Mascara
Benefit Bad Gal Lash Mascara RM75
Maskara ‘ajaib’ ini mampu memberikan kesan seperti memakai bulu mata palsu… tanpa menggunakan gam! Ia diformulakan menggunakan bahan matte untuk memberikan impak lirikan mata yang seksi. Anda boleh menggunakan maskara ini dengan Benefit They’re Real! Mascara untuk memberikan impak bersinar pada bulu mata.

Make Up Forever Aqua Smoky Lash Extra Waterproof

Make Up Forever Aqua Smoky Lash Extra Waterproof RM95

Maskara ini sesuai dipakai pada waktu panas kerana ia tidak mudah menanggalkan kesan hitam atau smudge pada mata. Maskara kalis air ini juga memberikan kesan ‘smoky’ pada mata anda dengan jumlah pigment yang tinggi.  Berus maskara ini juga dapat menembusi hingga ke akar bulu mata untuk memastikan bulu mata anda disaluti dengan maskara!

IKLAN

Diorshow New Look Mascara
Diorshow New Look Mascara RM110

Maskara ini juga memberi volume dan kesan pemanjangan bulu mata maksimum. Mempunyai formula yang luar biasa Lash Amplifier ™ yang memberi kesan penghasilan kuantiti sebatan bulu mata yang tinggi dengan kadar yang pantas.

Tarte Light Camera Lashes Statement Mascara

Tarte Light Camera Lashes Statement Mascara RM90

Ia memanjangkan, menebalkan bulu mata secara intensif , dan meningkatkan kuantiti bulu mata sehingga 752 peratus.  Diperkaya dengan provitamin B5, dan vitamin B, membantu merawat dan menebalkan bulu mata, manakala lilin lebah membentuk satu halangan pelindung di antara kulit dan alam sekitar yang menyokong pengeluaran kolagen semula jadi, dan pigmen mineral.

Sephora Outrageous Mascara

Sephora Outrageous Dramatic Volume Mascara RM73

Maskara ini memberi volume pada bulu mata anda. Berus maskara ini sangat unik kerana anda boleh mendapatkan bulu mata yang tebal dengan hanya beberapa kali pemakaian. Ia diperkaya dengan asid hyaluronik , ramuan yang diiktiraf untuk memberikan kelembapan. Diuji di bawah kawalan oftalmologi, maskara ini didapati sesuai untuk mata sensitif dan pemakai kanta lekap.

Urban Decay Cannonball Mascara

Urban Decay Cannonball Mascara RM85

Maskara ini ringan, kalis anda dan diformulakan dengan gel. Ia mempunyai lapisan lilin microcrystalline  untuk memberi efek bulu mata yang panjang.