Hiburan, Review - Muzik

Melly Goeslaw Cipta Runut Bunyi Drama Bersiri Malaysia

Wanista.com
/
Melly Goeslaw Cipta Runut Bunyi Drama Bersiri Malaysia

ibadah cinta mellt goeslaw

Lagu nyanyian dan ciptaan , komposer tersohor dari Indonesia, Melly Goeslaw bukan lagi asing di pendengaran peminat muzik Malaysia. Mencipta lagu runut bunyi untuk filem dan drama juga mungkin bukan perkara baru untuk komposer  lagu Ada Apa Dengan Cinta  dan Ketika Cinta Bertasbih ini. Malah, karya pemilik nama sebenar Mellyana Goeslaw Hoed sudah seringkali diangkat menjadi runut drama dan filem Malaysia sendiri. Antaranya lagu Butterfly yang diangkat menjadi runut bunyi drama bersiri ‘Deejavu di Kinabalu’ dan filem ‘Cinta; tidak lama dahulu.

Kini pencipta lagu “Tentang Dia ” telah mencipta runut bunyi khas untuk drama bersiri Malaysia buat pertama kalinya. Kini, Melly muncul kembali dengan single terbaru berjudul ‘Cinta Dan Ibadah’ single beliau kali ini menjadi lagu tema bagi sebuah drama bersiri bertajuk “Cinta Ibadah” (diterajui oleh Fattah Amin, Aishah Ilias dan Raja Ilya ) yang akan bersiaran di Astro Prima tidak lama lagi. Ini juga merupakan kali pertama Melly Goeslaw menghasilkan lagu tema untuk pasaran Malaysia dan dilancarkan di Malaysia. Menurut Melly, lagu ‘Cinta Dan Ibadah’ adalah single terbaru yang diinspirasikan dari senario cerita tersebut. Melly juga berasa amat teruja kerana beliau dapat menghasilkan sebuah lagu tema untuk produksi Malaysia.

BACA  BigBang, Kumpulan K-Pop Paling Bermasalah? Bukti Skandal Besar Mereka

Dengan terhasilnya lagu ini, Melly berharap semoga karya beliau yang terbaru ini mampu mengubat kerinduan masyarakat Malaysia dan lagu ‘Cinta Dan Ibadah’ ini akan menjadi sebuah lagu tema yang bersejarah.

Kini, teristimewa untuk semua peminat setia Melly Goeslaw, anda boleh menyaksikan sendiri muzik video “Cinta Dan Ibadah” yang baru sahaja dimuat naik di YouTube pada hari ini. Dengarkan lagu merdu ini sendiri , kami sertakan sekali liriknya di bawah.

CINTA DAN IBADAH

(Lagu dan lirik oleh Melly Goeslaw)

Senandung cinta dalam hati memahami ketakutanku

Semakin kini aku merasakan waktu ku semakin dekat

Kidung malam menyaksikan janji ku padamu demi dia

Petir mencekam menarik jiwa kita berdua merana

 

Tiada yang bisa kuberi demi cinta hanya pengorbanan

Walau tersiksa namun demi cinta, bahagia aku rela

BACA  The Conjuring "Lorraine Warren" Sebenar Mati Usia 92 Tahun, Kenali Dirinya...

Tak pernah kubayangkan takdir ku mengantarkan pada janji

Menerima dan mungkin saat nanti aku harus relakan

 

Andai takdir bisa berubah, kemanakah kita pergi

 

Kau pikir mudah menjadi aku

Kau kira tak sulit jadi aku

Mencintai dia, lelaki yang sama pedihnya

 

Sesungguhnya jiwa berderai tangis

Membelah langit hitam sampai laut marah

Antara ikhlas muhasabah cinta yang menjawab

 

Cinta dan Ibadah….cinta dan ibadah…

 

Tiada yang bisa kuberi demi cinta hanya pengorbanan

Walau tersiksa namun demi cinta, bahagia aku rela

Tak pernah kubayangkan takdir ku mengantarkan pada janji

Menerima dan mungkin saat nanti aku harus relakan

 

Andai takdir bisa berubah, kemanakah kita pergi

 

Kau pikir mudah menjadi aku

Kau kira tak sulit jadi aku

Mencintai dia, lelaki yang sama pedihnya

 

Sesungguhnya jiwa berderai tangis

Membelah langit hitam sampai laut marah

Antara ikhlas muhasabah cinta yang menjawab

 

Cinta dan Ibadah….cinta dan ibadah…

 

Leave a Reply
Your email address will not be published. *