Artikel ini merupakan artikel tribut buat mendiang Robin Williams yang telah meninggal dunia semalam. Bagi peminat filem ataupun bagi mereka yang ingin menonton filem lakonan Robin Williams, kami kongsikan 10 filem terbaik lakonan Robin Williams yang perlu anda tonton.
Robin Williams merupakan aktor veteran yang popular dengan filem Good Will Hunting dan Jumanji. Beliau memulakan karier lakonannya sekitar tahun 80an dan banyak filem lakonannya pada tahun 90an menjadi hits. Dia juga merupakan seorang stand up comedian yang amat popular suatu ketika dulu.
Good Morning, Vietnam! (1987 )
Robin berlakon sebagai seorang DJ yang tidak seperti DJ ortodok lain dan merupakan DJ yang kurang sopan yang ditugaskan berkhidmat untuk stesen radio tentera AS di Vietnam. Satu kejayaan besar yang diperolehi beliau melalui filem ini adalah pencalonan Oscar dan Golden Globe pertamanya. Filem ini adalah sebuah filem komedi perang Amerika berdasarkan pengalaman DJ radio Adrian Cronauer.
Dead Poets Society (1989)
Peranannya yang amat menyentuh hati sebagai guru Bahasa Inggeris, John Keating, yang memberi inspirasi kepada pelajar untuk belajar mencintai puisi. Walaupun beliau tidak mendapat anugerah untuk peranannya dalam filem ini, dia telah mendapat pujian penggiat filem profesional. Beliau juga telah dicalonkan untuk pelakon terbaik Oscar, tetapi tewas kepada Daniel Day-Lewis ( My Left Foot ).
Awakenings ( 1990 )
Dalam filem ini , Robin Williams memainkan peranan sebagai doktor yang berdedikasi di sebuah hospital tempatan. Filem ini adalah filem yang mempunyai jalan cerita yang agak ringan berdasarkan kisah benar seorang pakar neurologi British ,Oliver Sacks, yang dimainkan oleh Robin Williams ( doktor Malcolm Sayer ) , yang terselamat daripada wabak encephalitis pada tahun 1917-1928.
The Fisher King (1991)
The Fisher King adalah filem komedi-drama yang ditulis oleh Richard LaGravenese dan diarahkan oleh Terry Gilliam. Ia dibintangi oleh Robin Williams dan Jeff Bridges, dengan Mercedes Ruehl, Amanda Plummer, dan Michael Jeter. Filem ini adalah tentang seorang lelaki yang cuba untuk menebus kesilapannya dengan membantu seorang lelaki yang hidupnya hampir musnah.
Aladdin (1992)
Robin melakonkan wajak Geanie di dalam filem animasi Disney yang amat popular suatu ketika dulu.
Mrs Doubtfire (1993)
Dalam kisah klasik keluarga yang mengharukan ini, Robin menyamar sebagai pembantu rumah untuk menghabiskan masa dengan anak-anaknya yang berada di bawah hak penjagaan bekas isterinya. Filem ini meninggalkan kesan yang amat mendalam dengan lakonan Robin yang amat bersahaja tetapi menyentuh hati.
Jumanji (1995)
Filem ini pastinya berada di hati kanak-kanak tahun 80an dan 90an di mana Robin berlakon sebagai seorang lelaki yang terperangkap di alam berbeza selepas bermain papan ‘Jumanji’. Filem fantasi ini mengajar erti kekeluargaan dan juga antara filem popular lakonan mendiang.
Good Will Hunting (1997)
Filem ini menjadi filem bertuah buat Robin apabila dia memenangi anugerah Academy Award sebagai pelakon pembantu di samping pelakon utama Matt Damon. Ia mengisahkan kehidupan seorang lelaki yang bijak tetapi tidak pernah pergi ke kolej untuk belajar, dan amat berminat dengan subjek di kolej tempat dia bekerja dan menggunakan memori fotografinya. Seorang profesor dan ahli psikologi Sean Maguire ( lakonan Robin Williams ) membantu Will untuk mencapai cita-citanyadan mengajarnya erti kehidupan.
Patch Adams ( 1998 )
Filem semi-biografi komedi-drama yang dibintangi Robin Williams. Diarahkan oleh Tom Shadyac, ia berdasarkan kisah hidup Dr Hunter “Patch” Adams dan buku Gesundheit.
Insomnia (2002)
Antara filem lakonan terbaik Robin. Insomnia adalah sebuah filem thriller psikologi yang diarahkan oleh Christopher Nolan dan dibintangi Al Pacino, Robin Williams, dan Hilary Swank. Ia menceritakan kisah dua detektif yang menyiasat pembunuhan di sebuah bandar di Alaska.