Acara, Keibubapaan, Pilihan

Aktiviti Menarik Sepanjang Bulan Ogos Oleh The School by Jaya One

Malisa Aina
/
petite, nail biter, foodaholic
Aktiviti Menarik Sepanjang Bulan Ogos Oleh The School by Jaya One

Food Truck - Koods Pizza

Waktu bermain berkualiti bersama si cilik bakal dinikmati sekeluarga tidak lama lagi apabila pusat beli-belah yang juga berfungsi sebagai ‘enrichment mall’ pertama di Malaysia, The School by Jaya One, akan melancarkan ‘Sun Day Out’, acara berbasikal dalaman (indoor) secara percuma bermula 17 Ogos, setiap Ahad daripada 10am hingga 3pm.

The School - Unisex tricycle (Black & red)

Bertempat di aras bawah (Ground Floor) di The School, terdapat basikal dan basikal beroda tiga untuk disewa percuma kanak-kanak berumur antara 3 hingga 7 tahun. Ibu bapa yang berminat untuk menyewa pula perlu mendaftar di kaunter Khidmat Pelanggan. Di samping itu, mereka juga boleh menebus beg cenderamata edisi terhad The School apabila mereka menerima tiga cop pada tiket ‘Sun Day Out’ dari kaunter Khidmat Pelanggan. Keluarga amat digalakkan untuk membawa basikal sendiri atau lebih popular dikenali sebagai ‘Bring Your Own Bicycles’ (BYOB).

Food Truck - Spag Me

Trak makanan yang menjual pelbagai juadah jalanan juga ditempatkan di pekarangan pintu masuk The School bagi mewujudkan suasana pengalaman ‘berkelah’ sesama keluarga.

Turut berlangsung pada Ogos ini ialah acara kelolaan bersama The School dan HypnoBirthing® di Malaysia sebagai sokongan terhadap aktiviti berorientasikan kekeluargaan. Seminar HypnoBirthing® dibuka kepada bakal ibu bapa di Studio, PJ Live Arts pada 16 Ogos bermula 3.30pm hingga 5pm. Kemasukan adalah percuma bersama pendaftaran awal.

Dikendalikan oleh kumpulan pengamal HypnoBirthing® bertauliah di Malaysia, objektif seminar ini adalah untuk menyediakan maklumat mendalam berkenaan kaedah bersalin menenangkan yang diperkenalkan Mary Mongan itu.

Bagi menjamin tempat anda di dalam seminar penguasaan ini, sila layari http://theschool.my/news/hypnobirthing-seminar-at-the-school/ untuk pendaftaran awal.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti akan datang di The School, sila layari www.theschool.my atau laman Facebook The School di www.facebook.com/theschool.my.

Komen Anda