Selena Gomez, bintang muda Hollywood, idol fesyen remaja yang menjadi kegilaan ramai. Gayanya, penampilannya, seringkali menjadi ikutan. Sampaikan gaya rambutnya pun jadi ikutan juga. Pendek kata, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, dirinya jadi ikutan.
Malah, ramai memperkatakan Selena Gomez kelihatan semakin bijak bergaya dengan fesyen terkini. Lebih-lebih lagi selepas berpisah dengan Justin Bieber, Selena dilihat makin berani berfesyen dan sentiasa nampak chic dan edgy.
Sebagai contoh, walaupun hanya mengenakan jumper, Selena memadankan dengan flat sandal yang nampak chic. From head to toe dengan hitam, Selena tambah kontra dengan padanan pump heels rona merah jambu, cukup trendy sekali.
Orang kata jika sudah cantik bergaya tetapi padanan kasut tidak betul juga menampakkan cacat, jadi Wanista kongsikan beberapa pilihan fesyen Selena yang minimalis tetapi punya kelas.
1. Selena memilih River Island Croc Wedges
Idea kami
2. Seksi dan hot sekali dengan tumit tinggi dari jenama mewah, Giuseppe Zanotti
Idea kami
3. Tampil lebih féminin mengenakan strap sandals dari Casadei
Idea kami
4. Airport fashion yang sungguh rock chic, lebih-lebih lagi mengenakan ankle boots dari Sorel
Idea kami
5. Sekali-sekali mengenakan flat sandals pun cantik. Selena dengan casual jumper dipadankan bersama flat sandals dari ZiGi Girl.
Idea kami