Kesihatan, Pilihan, Uncategorized

8 Tanda Badan Anda Kekurangan Vitamin D

Wanista.com
/
8 Tanda Badan Anda Kekurangan Vitamin D

tanda kekurangan vitamin d

Menurut kajian, Vitamin D amat penting untuk pertumbuhan tulang yang kuat, mood yang lebih baik dan juga membantu penurunan berat badan. Namun, tanda-tanda yang muncul jika anda kekurangan vitamin ini selalunya tidak begitu menonjol. Jadi jika anda sedar anda mempunyai tanda-tanda yang kami kongsikan ini, berjumlah dengan pakar untuk pemeriksaan darah (tapi jangan terus mengambil supplement kerana belum tentu anda mengalami simptom ini atau tidak)

1. Otot terasa lemah

Kekuatan otot yang merosot boleh jadi disebabkan oleh kekurangan vitamin D dalam otot dan juga tisu saraf.

2. Kemurungan

Menurut kajian di Jurnal Klinikal Endokrinologi & Metabolisme, wanita yang mempunyai tahap vitamin D yang rendah berpotensi mempunyai dua kali lebih kemungkinan menghadapi kemurungan.

3. Kepekaan rasa sakit yang lebih tinggi

Simptom ini juga sering dikaitkan dengan kekurangan vitamin D

4. Kekuatan tulang merosot

Vitamin D menggalakkan pertumbuhan tulang tetapi apabila badan anda rendah dengan nutrien, tulang anda menjadi lemah, bermakna risiko anda untuk mendapat keretakan tulang juga meningkat Malah, beberapa kajian menunjukkan setinggi dua kali risiko jika tahap vitamin D sangat rendah.

5. Tekanan darah yang tinggi

Vitamin D memainkan peranan dalam kesihatan jantung dan membantu mengawal tekanan darah. Oleh itu, apabila anda tidak mendapat cukup vitamin D , tekanan darah anda boleh menjadi tinggi.

6. Rasa mengantuk

Dalam satu kajian pada tahun 2012 yang disiarkan dalam Journal of Clinical Sleep Medicine,, tahap rendah vitamin D telah dikaitkan dengan tahap yang  rasa mengantuk  pada waktu siang yang lebih tinggi.

7. Emosi tidak menentu

Sebelum anda menyalahkan PMS kerana menyebabkan mood anda menjadi pasang surut, ketahuilah bahawa vitamin  D mempengaruhi tahap serotonin dalam otak yang  juga memberi kesan terhadap mood anda.

8. Stamina yang merosot

Beberapa kajian telah menunjukkan keupayaan aerobikdan stamina para atlet berkurang akibat tahap vitamin D yang rendah.

[Via]

Kredit imej : foodandhealth.com

Leave a Reply
Your email address will not be published. *