Bila dah taksub, obses, semua benda pun sanggup dilakukan. Sebelum ini seorang wanita sanggup mengeluarkan sejumlah wang yang banyak membuat pembedahan plastik hanya untuk mendapatkan raut wajah dan fizikal seperti Jennifer Lawrence. Kali ini, seorang wanita British, Claire Leeson dilihat taksub dengan Kim Kardashian.
Walaubagaimanapun, ketaksubannya membawa padah apabila kini dia menjadi mangsa hutang beribu ringgit. Wanita yang berusia 24 tahun itu melakukan penambahbaikan kosmetik ataupun pembedahan plastik hanya untuk kelihatan persis bintang realiti, Kim Kardashian.
Difahamkan, Leeson menjadi taksub dengan bintang realiti Kim Kardashian selepas dia didakwa dibuli kerana penampilannya yang hodoh. Malah, sejak kecil lagi orang sekeliling sering mengejeknya malah dia pernah terfikir untuk membunuh diri. Sehinggalah pada tahun 2009 selepas menonton rancangan realiti Keeping Up With The Kardashian, Leeson mulai berminat untuk menjadi seperti Kim Kardashian.
Leeson telah melakukan pembedahan plastik seperti boob job, teeth whitening, hair extensions, nails, spray tans malahan juga berhabisan untuk kasut, pakaian dan koleksi mekap. Untuk itu semua dia telah membelanjakan lebih £ 18,000 dalam usahanya untuk menjadi Kim.
Disebabkan oleh perbelanjaan mewah, Leeson kini berhadapan dengan hutang sebanyak lebih £ 6,000.
Sumber : buzzfeed, elitedaily, dailymail