Hiburan, Pilihan, Ramadan & Aidilfitri, Review - Muzik

[ Review Muzik ] Dapatkan Album Raya 15 Senandung Aidilfitri Sekarang

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
[ Review Muzik ] Dapatkan Album Raya 15 Senandung Aidilfitri Sekarang

20140716_094818

Setiap tahun pasti ada beberapa buah lagu Raya terbaru dipasang dicorong radio. Ada yang sedap dan ada juga kurang sesuai. Kali ini lagu-lagu Raya daripada Dato’ Jamal Abdillah, Hafiz, Awie, Feminin, Maya Karin, Adibah Noor dan ramai lagi disatukan bersama dalam satu album berjudul ’15 Senandung Aidilfitri’.

Sebanyak 15 buah lagu-lagu Hari Raya dimuatkan dalam album kompilasi Raya ini. Terdapat 3 buah lagu terbaik sepanjang zaman iaitu dari Dato’Jamal Abdillah, Feminin dan Ajai. Turut menampilkan 2 buah lagu baru iaitu dari Soo Wincci ‘Salam Aidilfitri’ dan NtahSape2Ntah ‘Syawal Tanpamu’.

BACA  Senang Buat Persiapan Raya Bila Shopping Di Shopee!

20140716_094743

Berikut adalah senarai lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini:

  1. Hadirkan Di Ingatan – Hafiz
  2. Tak Pisah Kenangan – Awie
  3. Pulang – Maya Karin
  4. Warkah – Hafiz, Akim, Datuk Haji Aznil & Aril
  5. Syawal Tanpamu – NtahSape2Ntah
  6. Bayangan Ilham – Akim, Nera & Ray
  7. Salam Aidilfitri – Soo Wincci
  8. Bersama-sama – Erul & Ema
  9. Salam Aidilfitri – Dato’ Jamal Abdillah
  10. Hari Yang Kunanti – Hazama, Adira & Dina
  11. Eratkan Jalinan – Aril, Fina, Krill & Dina
  12. Kurniaan Di Hari Raya – Feminin
  13. Ramadan Dan Syawal – Adibah Noor
  14. Rindu Di Aidilfitri – Ajai
  15. Memori Hari Raya – Dato’ Jamal Abdillah
BACA  Tak Rugi! Nikmati Aroma & Air Tangan Enak Chef Di Hilton PJ Ramadan Ini

Penulis sendiri menyukai lagu Pulang dendangan pelakon cantik manis Maya Karin. Boleh dikatakan lirik lagunya straight forward mudah difahami manakala irama lagu sungguh santai, catchy dan mudah dinyanyi bersama. Diharap agar lagu ini menjadi pilihan pendengar setiap tahun dan tidak terkubur begitu sahaja kerana Pulang menampilkan sebuah lagu yang cukup segar dan unik.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan album 15 Senandung Aidilfitri di pasaran dengan harga RM23.90.

Leave a Reply
Your email address will not be published. *