The Coffee Bean and Tea Leaf® (CBTL) telah memperkenalkan Blue Tiger Tea – teh campuran khas edisi terhad dengan barisan produk teh yang cukup indah dan mengasyikkan. Menariknya Blue Tiger Tea didatangi dengan buku cerita kanak-kanak bertajuk Master Davey and The Magic Tea House: Legend of the Blue Tiger – kedua teh dan buku telah dihasilkan oleh Mr David De Candia, salah satu daripada pakar teh terkemuka di dunia dan Director of Tea, Buyer, Master Blender di The Coffee Bean & Tea Leaf®. Hasil yang diperoleh daripada setiap pembelian akan disumbangkan kepada Malaysian Systemic Lupus Erythematosus (SLE) Association (PSLEM).
Apa keunikan Blue Tiger Tea?
Blue Tiger Tea adalah campuran unik yang terdiri daripada lemon myrtle, malva flower dan tea blossoms dengan sentuhan perisa raspberry. Selain manfaat kesihatan yang boleh didapati di lemon myrtle dan malva flower, Blue Tiger Tea lengkap dengan sentuhan buahan lemon sekaligus menyediakan satu pengalaman yang menyegarkan dan menggiurkan untuk citarasa anda.
Buku cerita kanak-kanak – Master Davey and The Magic Tea House: Legend of the Blue Tiger
Buku cerita ini memaparkan perjalanan ajaib seorang budak lelaki bernama Hooper, yang pergi menyelamatkan Blue Tiger Tea. Ditulis oleh Encik David De Candia, buku cerita yang boleh dijadikan sebagai cerita sebelum tidur bagi kanak-kanak atau bacaan masa lapang untuk orang dewasa. Master Davey dan The Magic Tea House: The Legend of a Blue Tiger pasti mengubah cara anda menikmati secawan teh.
Kedua-dua edisi terhad Blue Tiger Tea (RM39.00) dan buku cerita Master Davey and The Magic Tea House: Legend of the Blue Tiger Tea (RM39.00) hanya terdapat di semua cawangan CBTL di seluruh Malaysia. Pelanggan yang membeli set teh dan buku cerita layak menerima diskaun 20% daripada harga runcit.
Untuk maklumat lanjut, boleh ke website atau Facebook page.