Nikmati buffet lazat dengan Sundown Buffet di mana-mana cawangan Italiannies dari 1 Julai hingga 27 Julai 2014 untuk hanya RM10 + +.
Dengan pembelian setiap hidangan utama, anda dapat menikmati sup lazat, salad segar, roti yang enak dan lembut serta canapés hanya pada RM10 + +. Pilihan sup daripada minestrone, cendawan dan tomato akan ditukar setiap hari. Bagi mereka yang mencari sesuatu yang enak, Italiannies akan menyediakan authentic Italian canapés seperti bruschetta dan roti Itali bersama minyak zaitun dan balsamic vinegar. Di samping itu juga, pengunjung boleh memilih dan membuat salad mereka sendiri.
Untuk melengkapkan hidangan yang seimbang, Italiannies menawarkan pelbagai pembuka selera yang menggiurkan juga menyelerakan, pengunjung boleh menikmati signature dish seperti Stuffed Mushrooms ataupun Quattro Platter. Makan malam pula dengan hidangan Spaghetti & Meatballs, Lasagna A La Ravina, Pizza Enorme dan juga Pepperoni Pizza. Tidak lengkap tanpa pencuci mulut, apa yang anda boleh cuba ialah NY Strawberry Cheesecake dan juga Tiramisu.
Jadi tunggu apa lagi, datang dan makan di mana-mana cawangan Italiannies bersama rakan dan keluarga anda dalam tempoh promosi ini dan nikmati Sundown Buffet dari 6:30 petang hingga 9 malam.
Info lanjut boleh ke http://www.italiannies.com.my/.