Ketika kita di sini sedang menyambut bulan Ramadhan dengan tenang dan aman, saudara Islam kita di Gaza pula berhadapan dengan serangan Israel yang mengorbankan sekurang-kurangnya 23 nyawa semalam, lapor Reuters. Serangan yang dinamakan “Operation Protective Edge ” itu dilancarkan atas alasan sebagai serangan balas terhadap serangan roket yang dilancarkan oleh pejuang Palestin.
Sejak Israel melancarkan serangan semalam , lima lelaki bersenjata Hamas, pemimpin Jihad Islam dan 17 orang awam, termasuk tujuh kanak-kanak, telah dibunuh. Sekurang-kurang 50 kawasan telah menjadi sasaran serangan termasuk serangan dari udara dan juga air. Israel dianggap telah melampaui batas kerana menjadikan tempat kediaman penduduk sebagai sasaran serangan.
Serangan terbaru ini adalah yang terburuk berlaku sejak November 2012.
Sumber berita : Reuters, The Guardian, Astro Awani
Sumber gambar : Middle East Monitor